Header ADS

header ads

Anak muncul dari kotak, kejutan untuk ibu di Hari Raya


PETALING JAYA:
Tiada kata-kata mampu merakamkan kegembiraan Jariyah Othman yang menerima ‘pakej istimewa’ sempena Aidilfitri, iaitu anaknya sendiri yang menyorok dalam kotak.

Sudah dua tahun Jariyah dan Siti Nasuha Abdullah tidak dapat bertemu, kerana anak perempuannya menetap di Singapura dan sempadan ditutup akibat wabak Covid-19.

Menurut laporan Straits Times Singapura, Siti menyorok dalam kotak yang diletakkan di depan rumah Jariyah di Kedah.

Bagi meyakinkan ibunya, Siti berpakat dengan suaminya, Shaik Izzul Mujahid, yang berlakon sebagai penghantar barang.

Pertemuan mereka itu dirakam oleh Izzul, dan video itu menjadi tular di TikTok.

Pasangan itu, masing-masing bekerja sebagai juruwang dan pemandu ambulans, merancang untuk ke Kedah sempena sambutan raya, apabila sempadan dibuka untuk pengembara yang sudah divaksin mulai 1 April.



______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments