Header ADS

header ads

Temilok, Vivian & Sons & Kapal Tembaga


Vivian & Sons adalah pengeluar salutan tembaga bagi kapal. Mereka telah membina kilang peleburan baru di Lower Swansea Valley sekitar 1808-1809 untuk menampung permintaan pasaran salutan tembaga bagi industri perkapalan.

Sekitar tahun 1810, mereka telah mengeluarkan salutan tembaga secara besar-besaran untuk pasaran dalam dan luar.

Baru-baru ini sebuah kapal yang bersalut tembaga telah ditemui di di tepi Sungai Pagar di Kampung Pagar Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Ia tersadai selepas peristiwa banjir baru-baru ini yang melanda negara. Menariknya, terdapat satu cop/meterai yang bertuliskan 'Vivian & Sons' disertai tulisan '16oz' di tengah-tengah meterai tersebut. '16oz' adalah berat kepingan tembaga dan syarikat tersebut telah mengeluarkan pelbagai jenis kepingan mengikut berat tertentu.

Kuala Lipis yang pernah menjadi pusat pentadbiran Pahang sebelum berpindah ke Kuantan adalah juga pusat perlombongan emas suatu ketika dahulu. Maka tidak hairanlah terdapat kapal begini di sekitar sini, yang cenderung dimiliki oleh pedagang Eropah atau pihak British, sekitar penghujung abad ke-19.

Mengapa kapal tersebut disalut tembaga? Masalah badan kapal yang rosak akibat teritip dan spesis-spesis tumbuhan laut tertentu telah menjadi igauan ngeri kepada para pelaut sejak sekian lama. Satu lagi masalah terbesar adalah disebabkan oleh spesis 'cacing kayu' atau dikenali sebagai temilok, kejumah, kapang kayu dan sebagainya. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'shipworm' dengan bahasa saintifiknya, Teredo navalis.

Haiwan laut ini bukanlah cacing sebenarnya tetapi sejenis haiwan moluska seperti kepah, kerang, siput dan sebagainya. Ia mampu menggerudi badan kapal sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk.
Atas sebab inilah pada abad ke 18, Tentera Laut Diraja British telah menggunakan tembaga untuk menyaluti badan kapal dalam usaha mencegah kerosakan yang disebabkan oleh temilok ini.

Trivia: Temilok ini boleh juga dijadikan santapan lazat oleh kerana ia tergolong dalam kelompok haiwan moluska. Bayangkan kerang yang berlubang di belakang dengan bahagian lembutnya itu terkeluar dari belakang itu dan memanjang seperti cacing.

~Srikandi
The History of Thy Beloved


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

1 Comments

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q.ME
    paling diminati di Indonesia, ::))
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile :d
    Whatshapp : +85515373217 :* (f)

    ReplyDelete