Header ADS

header ads

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal


KUALA LUMPUR:
Sanggup serahkan kereta kesayangan, yang diubah suai untuk ‘offroad’ demi kerja-kerja dakwah.

Demikian antara perkongsian Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong dalam laman Facebooknya pada Ahad, menceritakan seorang lelaki yang sanggup menyerahkan keretanya kepada MRM untuk tujuan amal.

Menerusi tangkap layar WhatsApp dikongsi, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

“Saya sebak apabila menerima mesej sahabat ini di Instagram. Bagaimana beliau sanggup berpisah dengan kenderaan yang beliau sangat sayangi iaitu Ford Ranger yang telah diubahsuai untuk ‘offroad’. Itu demi ‘pelaburannya di akhirat’. Allahuakbar.

“Alhamdulilah. Hari ini beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada kami dan kini kami di MRM perlu memastikan kenderaan kesayangannya itu terus berbakti kepada masyarakat agar beliau dan kami di MRM mendapat redha dan ganjaran di akhirat kelak.

“Amanah sahabat semua akan kami tunaikan sebaik mungkin,” tulisnya dalam Facebooknya pada petang Ahad.


Sumber Facebook FirdausWongMRM

Menerusi tangkap layar berkenaan, Zam berkata kereta tersebut sesuai untuk kerja-kerja berat termasuk meredah kawasan banjir.

Ketika ditanya kereta apakah yang akan dipakai pada hari-hari mendatang, ini jawapan Zam:
“Ada la tu rezeki kereta lain kot. Tak tahu bang, tadi saya duduk seorang, bosan, tenung kereta...rasa banyak sangat benda tuhan bagi senang tapi tiada lagi kerja dakwah saya buat.

“Kereta ini tidaklah cantik tapi memang sayang betul dengan kereta ini. Kondisi terbaik yang saya buat ini.

“Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,” tulisnya.


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

2 Comments

  1. di lebih memilih harta di akhirat , dari di dunia ,

    Saya nak share sikit, saya ada jumpa website yang menyedia kan barisan sales advisor proton dan perodua

    https://proton.my/
    https://perodua.my/

    ReplyDelete
  2. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)

    ReplyDelete