Header ADS

header ads

Kena kuarantin pun, solat berjamaah jangan tinggal


Gambar solat jemaah kami dah viral, begitu juga video kuliah di padang pusat kuarantin wad HKT tersebar meluas di kalangan warga netizen. Juga ianya dah sampai ke meja Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu.

Mereka tiada halangan dengan aktiviti yang kami lakukan di sini, cuma mereka berpesan agar sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan, seperti jarak saf 1 meter dan memakai mask ketika berkumpul beramai-ramai.

Kami menyambut baik atas nasihat tersebut, saranan mereka kami cuba sedaya upaya untuk patuhi. Kami sedia bekerjasama dan mematuhi setiap aturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Yang penting segala aktiviti musolla padang kami berjalan lancar.

Terima kasih buat para frontliner yang bertugas 24 jam menjaga kami, juga para teman yang tak putus berdoa serta membantu apa yang patut. Kami di sini tetap ceria dan sihat seadanya walau diuji sedikit dengan wabak ini.

Buat anda di luar sana, tetap jaga diri, patuhi segala sop yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kalian jaga Allah, pasti Dia akan jaga kalian dengan lebih baik lagi.

Alif Mahari
Menanti saat untuk keluar dari sini


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments