Header ADS

header ads

Berang dikompaun, lelaki simbah air panas kepada penguat kuasa


MUAR -
Seorang lelaki bertindak menyimbah air panas bercampur minyak kepada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) kerana berang selepas kedai makan milik isterinya di Jalan Omar, Parit Jawa di sini dikompaun pada Jumaat.

Yang Dipertua MPM, Mustaffa Kamal Shamsudin berkata, kejadian itu berlaku ketika anggota penguat kuasa berada di dapur sebelum lelaki berusia 40-an terbabit menyimbah air panas bercampur minyak dari kuali, namun berjaya dielak.

Menurutnya, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pemilik kedai makan berkenaan dikompaun kerana membenarkan pelanggan makan di kedainya.

"Tindakan lelaki berkenaan tidak terhenti setakat itu apabila dia mengekori kenderaan peronda penguat kuasa sehingga ke stesen minyak dengan menaiki motosikal tanpa memakai helmet.

"Lelaki ini kemudian menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota penguat kuasa yang bertugas. Siasatan mendapati lelaki ini adalah suami kepada pemilik premis itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, premis berkenaan didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikompaun RM1,000.

Susulan kejadian itu katanya, pihak MPM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 8.51 pagi Sabtu.

Mustaffa menasihati orang awam dan peniaga supaya tidak bertindak agresif ke atas penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

"Kelonggaran telah diberikan, jangan jadi punca penularan Covid-19. Kerjasama padu semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan mematuhi SOP," katanya.
______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. dalam tempoh PKP kan. tidak dibenarkan makan dan minum dikedai, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Kita nak mengekang penularan Covid19 jadi kena ikut apa yang kerajaan suruh

    ReplyDelete
  3. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete