Header ADS

header ads

Genap dua tahun berhijab, Jihan ajak tutup aurat


PETALING JAYA, 1 Feb —
Tarikh 1 Februari saban tahun pasti menjadi ingatan kepada selebriti terkenal Jihan Muse.

Berkongsi kisah di media sosial, Jihan berkata tarikh 1 Februari amat bermakna kerana ia merupakan ulang tahun dirinya mula mengenakan hijab.

Jihan yang sudah dua tahun berhijab pada masa sama berdoa agar kekal istiqamah selain terus berusaha melakukan kebaikan buat dirinya dan keluarga.

"1 Februari. Hari ini genap dua tahun saya mengenakan hijab. Semoga dapat terus istiqamah dan memperbaiki diri dalam menjaga aurat zahir dan batin. Mari sama-mama memakai hijab," katanya di Instagram, hari ini.

Sejak dua tahun lalu, Jihan mengenakan hijab selain mengaku selesa berbuat demikian walau bekerja dalam bidang hiburan.

Katanya, berhijab bukan sahaja menutup aurat malah memudahkan kerana tidak perlu lagi mengambil masa lama untuk bersiap.

Sementara itu, Jihan turut mengingatkan kepentingan berhijab yang menjadi tuntutan dalam Islam untuk menutup aurat.

"Hijab tidak membuktikan sejauh mana anda taat kepada agama tetapi, ia menjadi peringatan walau iman berada di tahap rendah, anda masih seorang Islam," katanya lagi.



______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah Jihan..semoga terus istiqamah dalam berhijab.proton.my

    ReplyDelete
  2. Semoga menjadi ikutan yg baik dan contoh pd semua Artis.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete