Header ADS

header ads

Khasiat bawang putih untuk anda


BAWANG
putih merupakan antara perasa yang wajib digunakan dalam masakan. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalaman tetapi bawang putih juga banyak digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikkan luaran.

Namun, bukan itu sahaja kelebihannya kerana bawang putih ini sangat bagus untuk merawat bermacam jenis penyakit. Bawang putih mampu untuk memberi anda manfaat seperti di bawah:

1. Membantu merawat batuk, selsema dan hidung tersumbat

Menggabungkan bahan-bahan seperti madu, bawang merah dan bawang putih mampu menghasilkan ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan.

Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi dan hati.
Caranya adalah dengan didihkan bawang merah yang dicincang dan dicampurkan dengan madu, menggunakan api yang kecil. Kemudian tutup periuk selama setengah jam.

Selepas itu tutupkan api dan sejukkan sup selama 10 minit. Kemudian apabila sudah sejuk tambahkan enam hingga lapan ulas bawang putih cincang dan biarkan sekitar 1 jam hingga mencapai suhu bilik.

2. Tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan jantung

Memakan bawang putih mentah sebanyak dua kali sehari, membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah. Ianya baik untuk sakit tekak, mengubati selesema dan menurunkan darah tinggi dengan cepat.

Orang yang mengidap penyakit kanser, perlu minum ramuan ni bagi membersihkan darah mereka. Penyediaannya adalah anda perlu cincang seulas bawang putih dan masukkan ke dalam gelas kecil. Kemudian, masukkan sedikit sahaja air panas. Kacau selama beberapa minit dan masukkan air sejuk secukupnya.

3. Mampu menghilangkan sakit gigi

Sakit gigi secara amnya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam gigi anda. Sifat anti-virus serta bakteria yang wujud dalam bawang putih boleh membasmi dan menghapuskan punca bakteria sakit gigi. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan yang mujarab untuk mengatasi masalah gigi anda.

4. Merawat migrain

Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ni kerana, bawang putih dikatakan mencairkan dan membersihkan darah.

Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame kerana langkah ini sangat penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain.

5. Kecantikan kulit

Bawang putih boleh membersihkan pori-pori yang tersumbat. Bintik hitam sering muncul di kawasan hidung dan membuatkan kulit tidak licin. Anda boleh hancurkan bawang putih, kemudian sapu kepada kawasan di mana bintik hitam.

Boleh juga menghilangkan kesan parut. Manfaat daripada bawang putih, menyediakan sifat anti-radang yang boleh membersihkan luka lain pada kulit. Sapukan bawang putih pada kesan parut pada muka anda.

Sebagai ubat jerawat. Bawang putih dihancurkan kemudian sapu pada permukaan kulit yang mempunyai jerawat dan biarkan selama 10 minit atau boleh digunakan sebelum tidur.

6. Kanser
Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapat masuk ke sel-sel tubuh.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun timah. Ia dapat membantu menurunkan risiko kanser perut dan usus.

Semoga segala perkongsian ini dapat dijadikan panduan kesihatan untuk semua. Tapi, perlu diingatkan bahawa tindakbalas segala amalan pemakanan kesihatan ini mungkin agak berbeza bagi sesetengah individu.

Walau apa pun kena dapatkan maklumat daripada doktor sepenuhnya ya.
Selamat mencuba!

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Sumber: manfaat.co, fb akmal hamid


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments