Header ADS

header ads

Apa Dekorasi Yang Perlu Ada Di Ruang Tamu Anda?


Antara tip yang telah kami sediakan ialah untuk memilih sofa yang sesuai, beli meja kopi khas, dan menggunakan cermin sebagai tambahan deko.

Bila bercakap pasal rumah, ruang tamu adalah satu tempat yang sangat penting, sebab tempat itulah yang akan kita lalu dulu bila masuk dalam rumah.

Kalau tiba-tiba ada tetamu telefon nak datang mengejut pun, ruang ni jugalah yang kita akan cepat-cepat kemas dulu. Bilik lain sepah tak apa, tapi jangan sesekali ruang tamu!

Jadi, macam mana caranya untuk kita pilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah? Kalau boleh, biarlah semua hiasan dalaman ruang tamu tu tak nampak berserabut dan senang untuk dikemas.

Untuk membantu anda supaya tak perlu pening lagi, kami ada sediakan tip untuk anda memilih jenis-jenis barang dan perabot yang harus ada di ruang tamu.

1) Memilih Sofa Yang Sesuai

Benda pertama sekali yang kita buat bila ada tetamu datang bertandang: Mestilah jemput duduk kan?

Haa… sebab tulah sofa memainkan peranan penting sebagai hiasan dalaman ruang tamu. Macam mana nak pilih sofa untuk ruang tamu anda? Semuanya bergantung kepada saiz, kegunaan dan tema ruang tersebut.  

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Ada pelbagai jenis sofa yang anda boleh pilih, sama ada yang berbentuk-L, berbentuk-U, datang sekali set 1-2-3, atau yang jenis sofa katil.

Material pula selalunya ada kayu, kusyen, berbulu-bulu, dan kulit. Bila nak pilih sofa, anda bukan setakat kena tengok bahagian luar je tau, kena tahu juga bahan yang digunakan dekat dalam tu.

Nanti tak pasal-pasal baru pakai sofa seminggu dah lunyai atau patah riuk. Kalau anda ada ruang yang besar dan bajet lebih, boleh juga gabungkan 2 atau 3 jenis sofa supaya ruang tamu nampak lagi menyerlah.

Yang penting, untuk cantikkan lagi sofa, anda harus membeli bantal sofa yang sepadan (sama ada dalam teksturnya ataupun warna).

PropertyGuru Tip  - Jika anda seorang yang sibuk atau mempunyai haiwan peliharaan, pastikan anda memilih sofa yang tak menyerap bau dan mudah untuk dicuci.

2) Lampu Siling Atau Berdiri

Kalau tak ada lampu di ruang tamu, maka gelap-gelita lah ruang tu menjelang malam hari, betul tak?

Setiap rumah kebiasaannya memang ada lampu siling ruang tamu yang jenis panjang tu, tapi sekarang, ramai dah tak pakai lampu macam tu sebab lagi sukakan lampu ruang tamu yang moden.

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Selain dari lampu siling, ada juga yang gunakan lampu berdiri, sama ada untuk menambah cahaya ataupun sekadar hiasan saja.

Apa pun, anda kena pastikan yang ruang tamu mempunyai pencahayaan yang elok dan baik, sebab di situlah anda akan berkumpul bersama keluarga, bersantai, menonton TV, dan macam-macam lagi aktiviti lain.

Walau bagaimanapun, anda kena tengok juga saiz ruang sebelum membuat keputusan untuk membeli lampu.

Kalau ruang tamu anda kecil, satu lampu dah cukup untuk menerangi ruangan tersebut. Namun, jika siling di ruang itu agak tinggi, anda perlu memilih beberapa jenis lampu yang lebih besar. 

Selain tu, kalau anda mempunyai meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi, anda boleh juga letakkan lampu hiasan ruang tamu di situ sebagai ganti.

3) Kipas Penuh Gaya

Tak semua orang boleh letak penghawa dingin di ruang tamu, jadi kipas siling sangatlah membantu untuk menghilangkan rasa bahang pada waktu panas.

Nak pilih kipas yang sesuai untuk diletakkan dalam ruang tamu mungkin agak rumit sedikit sebab nak kena fikir saiz bilik, ukuran kipas, kipas siling ke kipas berdiri, berapa bilah, reka bentuk, dan banyak lagi.

Bagi yang nak siling nampak je dan tak perlu susah-susah nak panjat tangga bersihkan kipas, bolehlah gunakan kipas berdiri saja.

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Kalau rasa kipas biasa tu membosankan dan tak matching dengan dekorasi rumah – boleh cari yang mempunyai bentuk unik, mungkin mahal tapi berbaloi. 

Kalau anda rasa kipas siling lebih sesuai, tentukan dulu saiz kipas siling yang diperlukan kerana kipas yang terlalu kecil atau besar tak akan memberikan aliran udara yang betul.

Jumlah bilah juga selalu menjadi tanda tanya apabila menentukan jenis kipas siling yang hendak dibeli.

Dulu memang orang kata kipas siling dengan lima atau enam bilah lebih efisyen, berbanding dengan tiga atau empat bilah, tapi sekarang dah tak lagi.


PropertyGuru Tip- Selain daripada melengkapkan bilik, kipas tu pun boleh jadi sebagai hiasan dalaman ruang tamu.

Oleh kerana kecekapan aliran udara kipas diukur melalui CFM (cubic feet per minute), jumlah bilah kini lebih kepada menghiasi gaya ruang anda.

Sebagai contoh, kipas siling empat atau lima bilah menjadikan ruang lebih konvensional dan seimbang, manakala kipas dengan dua atau tiga bilah pula mempunyai gaya moden dan anggun.

Tapi, kalaulah anda dah ada penghawa dingin pun, tak salah untuk meletakkan kipas juga. Ada masa boleh guna kipas saja jadi lebih jimat bil elektrik.

4) Meja Kopi Khas

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Nak pilih meja kopi untuk ruang tamu sebenarnya tak semudah yang disangka. Anda bukan saja perlu memilih yang cantik di mata, tapi sepadan dengan semua yang ada di ruang tamu. 

Pertama sekali, kena ukur dulu ruang dan perabot yang ada, supaya meja kopi yang dibeli cukup tinggi dan panjang.

Rekaan meja ni pun boleh tahan pelbagai juga, jadi anda kena setkan dulu meja jenis mana yang sesuai dengan keperluan anda.

Sama ada nak cari yang mesra kanak-kanak, yang mempunyai ruang simpanan untuk buku, atau yang kosong saja.

Untuk memastikan deko ruang tamu anda ni selesa, pilihlah meja kopi dengan ketinggian yang sama dengan bantal di sofa, atau satu hingga dua inci lebih rendah.


PropertyGuru Tip- Panjang meja yang sesuai pula lebih kurang dua pertiga dari panjang sofa anda. Jadi, kalau untuk sofa 96 inci, panjang meja kopi mesti dalam 64 inci.

Satu lagi tip untuk menyesuaikan meja kopi dengan ruang tamu adalah dengan melihat pada sofa yang anda miliki.

Kalau sofa mempunyai kaki yang kurus tinggi, dapatkan meja yang rapat ke lantai atau mempunyai kaki yang lebih pendek.

Sebaliknya, kalau sofa anda mempunyai kaki yang dapat dilihat, pilihlah meja kopi yang mempunyai kaki yang lebih kurus. Dengan itu, ruang tamu anda akan nampak lebih kemas dan elegan.

5) Kabinet TV Penuh Fungsi

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Kalau ada TV dekat ruang tamu, haruslah kena ada kabinet TV okay. Kalau hanya sekadar untuk letak TV dan tak perlukan ruang simpanan ekstra, boleh guna meja TV yang biasa saja.

Tapi, kalau ada bajet lebih, bolehlah beli kabinet TV yang selalunya lagi besar, dan selain ada tempat letak TV, akan ada juga bahagian untuk menyimpan barangan lain.


PropertyGuru Tip  - Pastikan kabinet yang dipilih tak terlalu kecil, dan dapat menanggung berat TV anda!

Sebelum membeli kabinet TV, anda kena pastikan dulu ketinggian skrin TV yang selesa apabila duduk di ruang tamu.

Caranya, ukur paras mata anda semasa duduk di sofa dan anda boleh dapatkan ukuran yang sesuai untuk kabinet yang anda mahu.

Penting juga untuk anda ambil kira bentuk ruang tamu, supaya kabinet yang dipilih mempunyai bentuk yang praktikal.

Untuk ruang tamu yang sempit atau berbentuk aneh, cuba cari kabinet TV yang sesuai dengan perabot ruang tamu anda sekarang.

Ada pelbagai pilihan gaya di luar sana yang dapat dipadankan dengan meja kopi atau bufet.

6) Cermin Tambahan Deko

Pemilihan cermin yang betul akan dapat memberikan kehidupan baru kepada seluruh ruang tamu anda.

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Oleh kerana cermin akan mencerminkan apa yang ada di depannya, anda perlu berhati-hati dalam memilih dinding untuk meletakkannya.

Cermin boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka.

Tiga perkara penting yang harus anda perhatikan ketika memilih cermin adalah saiz ukuran, bentuk, dan gaya:

a) Saiz ukuran

Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila membuat keputusan untuk menggunakan cermin sebagai deko ruang tamu ialah mengetahui berapa besar saiz yang sesuai.

Ukuran cermin dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk ukuran dinding, saiz ruang dan fungsi cermin yang anda mahukan.

Sekiranya anda mempunyai dinding kosong yang besar dan ingin membuatkan ruang tamu nampak lebih megah dan luas, pilih cermin yang lebih besar, berukuran antara 25 dan 31 inci pada setiap sisi.

Anda juga boleh menggunakan beberapa keping cermin untuk dicantumkan, supaya memberikan gambaran yang besar atau diletak pada dinding mengikut corak tertentu.

b) Bentuk

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Cermin yang digunakan selalunya berbentuk segi empat dan segi empat tepat, tapi anda juga boleh menemui cermin dinding dalam pelbagai bentuk.

Kalau anda lebih sukakan penampilan tradisional, bolehlah menggunakan cermin persegi atau segi empat tepat.

Tapi, kalau anda sukakan kelainan dan mahukan lebih perhatian, pilih cermin dengan bentuk yang lain dan unik. Untuk penampilan yang sederhana tetapi menarik, gunakna cermin dinding bulat atau bujur.

Cermin berbentuk segi tiga, bintang atau mempunyai berlian pula dapat membuatkan ruangan menjadi lebih mewah dan elegan.

c) Gaya

Ketika membeli cermin, anda juga boleh memilih gaya tertentu berdasarkan bingkai pada cermin.

Pilih bingkai kayu, logam atau plastik untuk penampilan yang kemas, manakala untuk penampilan yang lebih formal dan dramatik, cari cermin dengan bingkai hiasan yang bercorak.

Ada juga cermin dinding yang datang dengan bingkai gaya mosaik yang menggunakan kepingan jubin untuk penampilan yang lebih menarik dan menyeronokkan.

7) Karya Seni Menambat Hati

hiasan dalaman ruang tamu, lampu siling ruang tamu, lampu ruang tamu, lampu hiasan ruang tamu, hiasan dalaman ruang tamu, ruang tamu, dekorasi ruang tamu, deko ruang tamu

Karya seni sangat membantu untuk menentukan keperibadian pemilik rumah dan dijadikan dekorasi ruang tamu.

Salah satu soalan yang sering bermain di minda apabila menghias rumah ialah, "Bagaimana untuk memilih karya seni yang tepat dan bersesuaian dengan ruang?".

Terdapat beberapa panduan untuk memastikan anda memilih bahagian ruang yang tepat meletak karya seni tersebut.

Ketika memilih karya seni, ada yang mengatakan lebih besar saiznya, lebih baik. Contohnya, untuk ruang dinding di atas sofa, karya seni perlu bersaiz kira-kira 2/3 daripada lebar sofa atau lebih besar.

Sekiranya anda mempunyai lukisan atau cetakan tertentu yang anda gemari tetapi ukurannya terlalu kecil, anda boleh membingkainya dengan bahan yang sangat besar untuk meningkatkan kesan visualnya.

Ruang tamu akan menjadi lebih menyeronokkan apabila dihiasi dengan karya seni, jadi jangan takut untuk cuba mendekorasi ruang tesebut dengan lukisan, cetakan atau grafik yang unik dan cantik.

Walau apa pun yang anda pilih sebagai dekorasi ruang tamu anda, pastikan setiap hiasan dalaman yang dibeli adalah apa yang anda suka.

Jangan sesekali memilih barangan atau perabot hanya kerana ingin mengikut jiran sebelah atau bertanding dengan orang lain.

Dengan itu, anda pun akan berasa puas hati dan gembira apabila melihat ruang tamu anda lengkap dihias! - PropertyGuru


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments