Header ADS

header ads

2 lelaki cedera digigit anjing peliharaan sendiri


PETALING JAYA:
Dua lelaki cedera digigit anjing peliharaan sendiri di Taman Putera Pogun, Penampang, Sabah, semalam.

Mangsa berusia 20 tahun itu parah di tangan, manakala seorang lagi yang berusia 25 tahun cedera ringan di bahagian paha.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera serta EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada 3.49 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kedua-dua lelaki terbabit digigit anjing peliharaan dan seorang mangsa parah di bahagian tangan, manakala seorang lagi cedera ringan di paha.

“Mereka kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke klinik oleh ibu mereka untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian.

Beliau berkata, pada masa sama, pasukan bomba menenangkan anjing itu sebelum menangkapnya.

Katanya, anjing itu kemudian diserahkan semula kepada pemiliknya dan operasi tamat pada 4.42 petang Isnin.



______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments