Pihak berkuasa di Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini dilaporkan telah menutup sebuah restoran selepas didapati menyediakan samosa dan makanan ringan lain di dalam tandas selama lebih 30 tahun.
Memetik laporan Firstpost, pihak berkuasa juga mendapati bahawa restoran itu menggunakan bahan makanan yang telah tamat tempoh sejak dua tahun lalu seperti ayam dan keju.
Malah, serangga dan tikus juga turut dikesan di tempat penyediaan makanan itu.
Menurut laporan media tempatan, restoran tersebut telah diserbu oleh Majlis Perbandaran Jeddah selepas menerima maklumat mengenai amalan tidak bersih yang diamalkan di restoran itu selama hampir tiga dekad.
Difahamkan, pekerja di restoran itu juga tidak mempunyai kad kesihatan dan melanggar undang-undang pemastautin.
Susulan dari itu, restoran tersebut kini telah ditutup serta-merta oleh pihak berkuasa.
Situasi seperti ini bukan kali pertama berlaku di Arab Saudi. Menurut Gulf News, sebuah restoran shawarma terkenal di Jeddah telah ditutup pada Januari tahun ini selepas seekor tikus ditemui berkeliaran dan memakan daging.
Video kejadian itu juga pernah tular di media sosial dan ramai yang memohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera serta tegas terhadap restoran tersebut.
Ketika itu, pihak berkuasa Arab Saudi telah menjalankan 2,833 lawatan pemeriksaan.
Kempen pemeriksaan yang dijalankan itu telah menemui 43 kesalahan dan mereka telah menutup 26 restoran.
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments