Header ADS

header ads

Panggung Wayang Rusia Kini Menayangkan Filem Barat Yang Dicetak Rompak


Perang di Ukraine telah berlarutan lebih dua bulan dengan jutaan rakyat Ukraine kini menjadi pelarian dan beberapa bandar utama musnah selepas dibedil. Negara-negara Barat segera mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia dengan platform penstriman seperti Netflix menggantung operasi. Selain itu penawaran filem dari Barat juga dihentikan sehingga menyebabkan pengusaha panggung wayang di Rusia mengalami kerugian.

Menurut laporan The New York times, beberapa pengusaha panggung di Rusia kini mula menawarkan filem Barat yang telah dicetak rompak. Filem seperti The Batman, Turning Red dan Don’t Look Up adalah antara yang ditayangkan.

Filem

Selain penawaran filem yang dicetak rompak, filem klasik Rusia, India dan Korea Selatan diharap dalam mengembalikan semula penonton ke panggung. Namun begitu Persatuan Pemilik Panggung Rusia berkata ini hanya akan menyumbang sekitar 10% sahaja kutipan berbanding sebelum sekatan ekonomi dikenakan.

Kerajaan Rusia masih belum mengambil sebarang tindakan ke atas panggung yang melakukan kesalahan pelanggaran harta intelek secara terbuka. Selagi sekatan ekonomi dikenakan, tiada sebab kerajaan akan menghormati persetujuan menghormati harta intelek dari EU dan Amerika Syarikat sebagai syarat untuk menyertai WTO pada tahun 2011.



______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments