Header ADS

header ads

5 Bahan Dapur Mampu Bantu Atasi Masalah Tumit Merekah


Masalah kaki yang kita sering dengar adalah masalah tumit merekah yang kerap berlaku kepada masyarakat. Masalah tumit merekah bukan sahaja terjadi pada orang yang berusia malah kanak-kanak juga boleh mempunyai tumit merekah. Walau bagaimana pu, tumit merekah lebih cenderung berlaku kepada kaum wanita berbanding kaum lelaki.

Namun, sesetengah masyarakat tidak memang perkara ini sebagai suatu perkara yang serius. Cuma ia akan membuatkan individu berasa tidak selesa bahkan rasa sakit sekiranya individu tersebut berkaki ayam. Jadi, adakah anda tahu kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk merawatnya?

Apa yang menyebabkan tumit merekah?

Antara petanda awal masalah tumit merekah adalah anda akan lihat kawasan kulit yang kering dan menebal. Ia dikenali sebagai callouse. Semasa anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan lebih mengembang dan boleh menyebabkannya bertambah parah.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan tumit merekah termasuk:

  • Berdiri lama selama beberapa jam
  • Berjalan kaki tanpa alas atau kasut
  • Penggunaan sabun yang mengeringkan akan menghilangkan minyak semula jadi kulit
  • Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau menyokong tumit
  • Kulit menjadi kering kerana iklim, seperti suhu sejuk atau kelembapan rendah

Sekiranya anda tidak melembapkan kaki secara berkala, kulit kaki akan bertambah kering lebih cepat.

Gambar via Hello Doktor

Rawatan di rumah untuk masalah tumit merekah

  1. Pelembap kulit/losyen

Rawatan pertama untuk masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembap yang dikhususkan pada kawasan tumit. Untuk mendapatkan hasil yang bagus, pastikan pelembap anda mengandungi bahan-bahan tersebut:

  • Urea
  • Asid salisilik
  • Asid alfa-hidroksi
  • Isomerat sakarida
  1. Skrub kaki anda

Kulit di sekitar tumit yang retak selalunya lebih tebal dan kering berbanding di bahagian anggota badan lain. Dengan merendam dan menyental kaki anda, kaedah ini mampu memberikan hasil kulit yang lebih halus dan licin.

Cara-cara melakukannya:

  • Basahkah kawasan kaki anda menggunakan air suam selama 20 minit.
  • Gunakan loofah atau foot scrubber untuk menghilangkan kulit yang keras dan tebal.
  • Tepuk perlahan-lahan kaki anda dengan kain yang bersih untuk mengeringkannya.
  • Sapukan pelembap kulit pada kawasan yang ingin dirawat.
  • Pakai stoking untuk elak daripada meninggalkan kesan kaki pada lantai rumah.

3.Madu

Madu mampu berfungsi sebagai ubat semula jadi dalam merawat masalah kulit tumit merekah.

Menurut kajian, madu dikatakan mempunyai sifat antimikroba dan antibakteria. Penyelidikan juga menunjukkan madu dapat membantu dalam menyembuhkan dan membersihkan luka, serta melembapkan kulit.

Oleh itu, anda boleh menggunakan madu sebagai agen pelembap setelah selesai menyental tumit seperti yang disebut di atas.

  1. Minyak kelapa

Minyak kelapa juga sering disyorkan untuk merawat masalah kulit kering seperti ekzema, dan psoriasis. Ia dapat membantu kulit anda mengekalkan kelembapan. Menggunakan minyak kelapa setelah skrub juga merupakan pilihan yang baik.

Sifat antiradang dan antimikroba yang terkandung dalam minyak ini juga dapat memulihkan tumit daripada mengalami pendarahan mahupun jangkitan.

  1. Rawatan semula jadi yang lain

Terdapat banyak lagi jenis rawatan yang boleh anda lakukan dalam merawat masalah ini, walaupun tidak ada yang bukti secara khusus. Sebilangan besar bahan ini memberikan tumpuan terhadap fungsi melembapkan dan melembutkan kulit.

Ini termasuk:

  • Minyak zaitun atau sayur-sayuran
  • Shea butter
  • Oatmeal dicampurkan dengan minyak, untuk penyentalan

Punca-punca lain yang menyumbang dari segi kesihatan

Kandungan gula dalam darah yang tinggi dan peredaran darah lemah akibat diabetes boleh menjadi penyebab kepada kulit kering. Masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang terhadap kulit kering dan tumit merekah termasuk:

  • Kekurangan vitamin
  • Jangkitan kulat
  • Hipotiroidisme
  • Dermatitis atopik
  • Psoriasis
  • Kegemukan
  • Kehamilan
  • Faktor penuaan
Gambar via Hello Doktor

Cara-cara lain untuk elak tumit daripada merekah

Harus difahami bahawa pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting untuk menyokong kaki dan tumit.

Elakkan daripada memakai:

  • Sandal yang terbuka dan tapak yang keras
  • Kasut yang tidak menyokong tumit kaki
  • Kasut yang terlalu ketat

Cara lain untuk mengelakkan tumit merekah ialah:

  • Elakkan berdiri dalam satu kedudukan atau duduk dengan kaki yang disilangkan terlalu lama
  • Lakukan pemerikasaan kaki, terutamanya jika anda menghidap diabetes atau masalah kesihatan lain yang menyebabkan kulit kering
  • Minum banyak air untuk kekal terhidrat

Sumber: Hello Doktor


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments