Header ADS

header ads

6 Sebab Kebaikan Tidur Dalam Proses Penurunan Berat Badan


Berapa jam waktu tidur anda semalam? Lapan jam, tujuh jam atau malah enam jam atau kurang? Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, ada baiknya anda memperhatikan kuantiti dan kualiti tidur anda. Sebabnya, penelitian telah menunjukkan bahawa tidur boleh membantu menurunkan berat badan dengan berbagai cara. Berikut enam di antaranya:

1. Kurang tidur faktor risiko obesiti

Waktu tidur yang pendek iaitu kurang dari tujuh jam telah beberapa kali dikaitkan dengan Indeks Massa Tubuh (IMT) yang lebih tinggi. Ini Penjelasan sains sebuah analisis besar bahkan menemukan bahawa waktu tidur yang pendek meningkatkan kemungkinan obesiti sebanyak 89 peratus pada kanak-kanak dan 55 peratus pada orang dewasa.

Kualiti tidur yang buruk menyebabkan kenaikan berat badan, yang kemudian boleh jadi bertambah teruk dengan pelbagai gangguan tidur seperti sleep apnea sehingga kualiti tidur semakin buruk.

2. Kualiti tidur yang buruk meningkatkan nafsu makan

Dalam berbagai kajian, para peneliti mendapati bahawa orang-orang yang kurang tidur memiliki nafsu makan yang lebih besar. Hal ini kerana tidur memang memengaruhi dua hormon yang mengatur nafsu makan, iaitu ghrelin yang memberi signal lapar kepada otak dan leptin yang menekan rasa lapar dan isyarat kenyang kepada otak. Ketika anda kurang tidur, tubuh justeru menghasilkan lebih banyak ghrelin dan mengurangkan penghasilan leptin sehingga nafsu makan meningkat.

3. Tidur membantu anda membuat keputusan yang lebih sihat

Selain nafsu makan, kurang tidur juga mengurangkan aktiviti di lobus frontal otak yang berperanan penting dalam pembuatan keputusan dan pengawalan diri. Hasilnya, anda jadi lebih sukar untuk mengawal diri dan keinginan makan makanan yang tidak sihat, berkalori tinggi dan mengandungi banyak karbohidrat dan lemak.

4. Kurang tidur meningkatkan  kalori

Sebuah kajian eksperimen terhadap 12 jejaka menemukan bahawa orang yang kurang tidur mengamalkan makanan yang lebih banyak kalori. Ketika peserta ke-12 yang hanya dibolehkan tidur selama empat jam, pengambilan kalori mereka ditemukan meningkat hingga 22 peratus dan pengambilan lemak meningkat hingga menjadi dua kali ganda berbanding ketika mereka dibolehkan tidur selama lapan jam.

Selain disebabkan oleh alasan-alasan yang disebutkan sebelumnya, waktu terjaga sendiri yang lebih banyak mungkin juga meningkatkan kesempatan untuk makan, sehingga pengambilan kalori pun meningkat.

5. Kurang tidur mengurangkan kadar metabolisme istirehat

Tahukah anda bahawa pada saat tidur, tubuh juga membakar kalori. Jumlah kalori ini disebut dengan kadar metabolisme istirehat, dan dipengaruhi oleh usia, berat badan, tinggi, jenis kelamin dan massa otot. Banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa tidur yang tidak mencukupi mengurangkan kadar metabolisme istirehat. Tidak tidur sehari saja, dalam sebuah kajian, boleh menyebabkan pengurangan lima peratus kadar metabolisme istirehat yang kemudian berkurang lagi 20 peratus setelah makan.

Meskipun demikian, memang ada kajian lain yang menemukan bahawa kurang tidur tidak mempengaruhi kadar metabolisme istirehat, sehingga kajian lebih lanjut perlu dilakukan untuk menyelidik kaitan tersebut.

6. Tidur mencegah ketahanan insulin

Ketahanan insulin sering dikaitkan dengan obesiti. Untuk pengatahuan, ketahanan insulin adalah keadaan ketika sel-sel tubuh tidak bertindak balas dengan hormon insulin dengan baik sehingga tubuh tidak boleh menggunakan gula darah secara maksimum. Hasilnya, tubuh pun menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengimbanginya. Padahal, kebanyakan insulin membuat anda merasa lebih lapar dan tubuh pun menyimpan lebih banyak kalori sebagai lemak.

Jadi, kurang tidur boleh membuat sel mengalami ketahanan insulin yang merupakan perintis dari obesiti dan diabetes tahap 2. Sebuah kajian terhadap 11 jejaka menemukan bahawa tidur kurang dari empat jam selama enam hari saja boleh menurunkan kemampuan tubuh untuk mengolah gula dalam darah sebanyak 40 peratus.

Sumber- Kompas.com


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments