Header ADS

header ads

Paling Cantik Di Dunia, Baka ‘Kuda Emas’ Milik Nabi Muhammad Dijual Dengan Harga RM8 Billion


KUALA LUMPUR –
Para pengguna media sosial semalam gempar apabila beberapa pengendali laman Facebook menyebarkan gambar ‘kuda emas’ dari baka Akhal-Teke yang dikatakan sebagai tercantik di dunia. Mereka antara lainnya mendakwa kuda yang berasal dari Turki itu merupakan baka dari kuda p3rang milik Nabi Muhammad saw

“Kuda ni berasal dari Turki dikatakan sebagai kuda tercantik di dunia (dan) rekod harga kuda paling mahal di dunia ialah RM8 billion iaitu baka kuda p3rang milik Rasulullah SAW” memetik kenyataan di status tersebut.

Paling menarik mereka turut melampirkan kisah bagaimana kuda tersebut terpilih sebagai binatang tunggangan Nabi Muhammad saw ketika p3rang.

“Suatu ketika, 40 ekor kuda dikuarantin dan diberikan makan tanpa diberi air untuk satu tempoh tertentu untuk tujuan pemilihan baka. Suatu hari 40 ekor kuda ini dibawa ke satu kawasan oasis, di sana Rasulullah melepaskan semua 40 ekor kuda yang dahaga tersebut.

“Sebelum sempat 40 ekor kuda sampai digigi oasis tersebut, lalu Rasulullah saw memanggil kesemua kuda-kuda tersebut dengan isyarat tertentu.

“Dari 40 ekor kuda tersebut, hanya 4 ekor kuda sahaja yang berpaling dan berlari semula kepada Rasulullah SAW tanpa mempedulikan air tersebut, walaupun ia tersangat dahaga. Maka 4 ekor kuda inilah yang dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai kuda p3rang Baginda, kerana kuda ini setia yang rela berkorban demi pemiliknya iaitu Rasulullah SAW,” katanya memetik sebagai berkata.

Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan kesahihan dan kebenaran kisah tersebut kerana tidak dinyatakan sumber dari mana kisah tersebut dipetik. Namun hasil carian yang dilakukan mendapati kuda dari baka Akhal-Teke memang terkenal antara yang paling cantik dan mahal.

Berikut adalah catatan ringkas mengenai kuda tersebut:

Akhal-Teke adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan yang terkenal kerana pantas, lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang ‘berkilat’ sehingga dikenali dengan jolokan “Kuda Emas”. Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melampau, malah dipercayai sebagai antara baka kuda tertua yang masih wujud. Kuda dari baka ini dikatakan semakin pupus apabila hanya terdapat sekitar 6,600 ekor di seluruh dunia, terutama sekali di Turkmenistan, Rusia, Eropah dan Amerika Utara.

Kewujudan kuda ini mungkin telah muncul sejak 3000 tahun yang lalu. Ia dikenali dengan beberapa nama, tetapi paling nama yang sering digunakan ialah kuda Nisean. Puak asal Turkmenistan dikatakan menggunakan kuda Akhal-Teke untuk menyerbu dan pernah digunakan dalam pert3mpuran mel4wan Empayar Rusia yang berakhir dengan kekalahan.

Menurut sebahagian pendapat, kuda Akhal-Teke telah disembunyikan oleh puak setempat. Lokasi baka kuda ini membiak adalah di kawasan Turkmenistan iaitu di padang pasir Kara Kum. Padang pasir ini berbatu kawasan dataran gurun yang tandus serta dikelilingi oleh pergunungan.

Namun ada pendapat lain mendakwa bahawa kuda-kuda ini adalah keturunan daripada kuda yang digunakan oleh kaum Monggol semasa melakukan s3rangan di kawasan pergunungan pada abad-13 dan abad ke-14. Suku kaum Turkmenistan merupakan antara masyarakat pertama mempelopori penggunaan kuda untuk meny3rang. Mereka memilih kuda terbaik sebelum dibiakkan.

Kaum ini turut membuat nota salasilah kuda mereka berdasarkan tradisi lisan. Kuda-kuda itu disebut “Argamaks” oleh Russia, dan amat diminati oleh para pengembara yang mengunjungi kaum ini. Pada tahun 1881, Turkmenistan telah menjadi sebahagian daripada Empayar Rusia. Suku-suku kaum ini telah berp3rang dengan pihak Tsar dan akhirnya memenangi peperangan tersebut.

Seorang jeneral Rusia, Kuropatkin, telah berjaya menangkap dan membiakkan baka kuda yang digunakan oleh suku kaum ini dan dinamakan sebagai kuda “Akhal-Tekes,” sempena suku Turkmen Teke yang tinggal berdekatan Akhal oasis.

Kerajaan Russia kemudiannya mencetak buku salasilah keturunan kuda pertama yang berjaya mereka biakkan adalah pada tahun 1941. Kuda baka Akhal-Teke, ini sering digunakan untuk disiplin berkuda Dressage, lompatan dan kuda lasak

Sumber:facebook


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

1 Comments

  1. takde pun cerita ni kuda rasul allah..

    tajuk cam hanat

    ReplyDelete