Header ADS

header ads

Cara Membina Keluarga Bahagia


Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Setiap manusia juga inginkan sebuah keluarga bahagia. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan keluarga bahagia.

1. Menunjukkan Contoh Teladan Yang Baik Kepada Anak-Anak
Anak adalah tanggungjawab besar yang diamanahkan. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada mereka kerana mereka yang paling kerap berada dengan kita. Tutur kata yang sopan dan lemah lembut juga akan dapat keharmonian dalam keluarga. Elakkan sikap negatif seperti bergaduh, maki hamun dan penderaan.

2. Mengawasi Aktiviti Anak-Anak
Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan yang buruk akhlak dan sikap yang buruk. Kerana anak-anak yang sedang membesar semestinya banyak terpengaruh dengan rakannya. Darah muda membuatkan mereka akan memberontak untuk melakukan perkara yang baru.

3. Mencurahkan Kasih Sayang Dan Meluangkan Masa Bersama
Anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Namun begitu, pada zaman kini mencari rezeki sememangnya sangat mencabar. Kadangkala tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak diabaikan kerana terlalu sibuk. Sepatutnya ibu bapa seharusnya pandai memberi masa dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

4. Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi
Terdapat pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja sekarang pastinya akan merisaukan anda sebagai ibu bapa. Oleh itu, berikan didikan agama dan moral yang mencukupi kerana ia dapat membantu membentuk nilai sahsiah yang tinggi dan sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia.

5. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain
Wujudkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam ahli keluarga. Jangan biarkan mereka meninggikan suara atau memanggil antara satu sama lain dengan panggilan yang tak elok.

6. Kerapkan Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain
Komunikasi adalah cara membentuk keluarga bahagia. Jika komunikasi salah akan menimbulkan pelbagai impak yang tidak baik. Seperti contoh bergaduh dan bercerai. Sekiranya, terdapat salah faham antara satu sama lain, duduklah berbincang dengan elok. Luahkan segala masalah yang dihadapi.

Kesimpulannya, setiap ahli dalam keluarga perlulah memainkan peranan untuk membentuk keluarga bahagia. Saling menghormati, saling memahami dan saling memaafi antara ahli keluarga.


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments