Header ADS

header ads

Janna Nick bakal bina pusat tahfiz dengan kos pembinaan RM6 juta


PELAKON dan penyanyi Janna Nick mendedahkan yang dia kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Bakal diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah, Janna berkata, institusi berkenaan dijangka menelan belanja sekitar RM6 juta.

“Sebenarnya, dah lama saya memasang hajat dan juga impikan untuk membangunkan sebuah pusat tahfiz dan anak yatim.

“Tak sangka peluang tu ada dan ia (kompleks tahfiz) bakal dibangunkan secara bersama dengan AJK Masjid Kampung Bukit Kechil serta penduduk kampung.

“Berkenaan dengan lokasi pula, saya pilih Kampung Bukit Kechil kerana ia merupakan tempat saya membesar.

"Dalam masa yang sama, AJK masjid juga ahli keluarga saya sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, Janna memberitahu yang kos yang diterima hasil sumbangan orang ramai berjumlah RM400,000.

"Kos yang dah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai berjumlah RM400,000, termasuk kos untuk pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah.

"Untuk jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim pula adalah RM6 juta.

"Buat masa sekarang, kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami baru mulakan pembinaan," katanya.

Janna menambah, apabila sasaran kutipan berjaya diraih, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Sekolah tahfiz ini dibina untuk pelajar sekolah rendah, bermula darjah satu hingga enam.

"Satu kelas boleh memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan,” katanya.


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments