Header ADS

header ads

Kajian Terkini Mendapati Amalan Puasa Berjeda Memberi Kesan Yang Sama Sahaja Dengan Diet Biasa


Amalan puasa berjeda (internittent fasting) menjadi trend sejak tiga tahun kebelakangan ini bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pengamal puasa berjeda percaya ia lebih berkesan berbanding amalan diet mengira kalori. Namun begitu dalam kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendapati sebenarnya tiada perbezaan ketara di antara dua amalan ini.

Kajian selama setahun dilakukan ke atas 136 peserta. Satu kumpulan melakukan puasa berjeda dan satu lagi mengurangkan pengambilan kalori. Kumpulan pertama berjaya mengurangkan secara purata 9% berat badan dan kumpulan kedua pula secara purata 7.2% berat badan. Secara statistiknya tiada perbezaan sebenar antara dua amalan diet ini.

Tambahan lagi tiada juga perbezaan ketara pengurangan saiz pinggang, BMI, lema tubuh, tekanan darah dan risiko metabolik antara kedua-dua kumpulan. Oleh sebab itu kepercayaan selama ini bahawa puasa berjeda adalah lebih baik adalah tidak benar sama sekali.



______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments