Header ADS

header ads

Tahi lipas, tikus sebelah tempat simpan tepung, kilang mi diarah tutup


PETALING JAYA:
Sebuah kilang memproses mi di Jalan Patani, George Town, diarah tutup 14 hari selepas didapati beroperasi dalam keadaan tidak menepati piawaian kebersihan ditetapkan.

Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) selepas operasi dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) JKNPP hari ini mendapati terdapat najis lipas dan tikus berdekatan tempat menyimpan tepung.

Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid, berkata bahan bagi pembuatan mi dan kuetiau di premis tersebut turut didapati diletakkan atas lantai yang sekali gus melanggar peraturan ditetapkan.

Beliau berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan di kilang tersebut dan mengeluarkan satu kompaun.

“Kita menjumpai najis lipas dan tikus serta terdapat mi kering yang terdedah kepada udara dan ada yang ditutup dengan surat khabar sahaja.

“Apa yang mengecewakan ialah kilang ini mempunyai logo halal dan MESTI, jadi kami akan bertindak melaporkan kepada pihak berkenaan agar logo ini ditarik balik penggunaannya di kilang ini,” katanya menurut laporan Kosmo.



______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments