Header ADS

header ads

Wanita lebih terkesan akibat COVID-19: Ini fokus kajian impak pandemik Ipsos


KUALA LUMPUR:
Tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, mendapati wanita di bawah umur 35 tahun lebih cenderung untuk berasa resah dan tertekan berhubung situasi pekerjaan.

Berikut lima tumpuan tinjauan Ipsos berjudul ‘Impak pandemik terhadap tenaga kerja rakyat Malaysia’:

1) Malaysia mencatatkan purata tertinggi bekerja dari rumah berbanding purata global ketika pandemik COVID-19 ini.

2) Walaupun sudah meluangkan lebih sembilan bulan bekerja dari rumah, dua pertiga rakyat Malaysia masih berdepan cabaran untuk mengimbangkan kehidupan harian dan kerja.

3) Tahap keresahan dan stres dalam kalangan rakyat Malaysia tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19 adalah paling tinggi dalam segala aspek berbanding 27 negara yang lain, iaitu 74 peratus berbanding 56 peratus di peringkat global.

4) Berhubung stres berkaitan tekanan akibat keluarga, sebagai contoh melibatkan penjagaan anak, tinjauan Ipsos mendapati kadar stres di Malaysia mengatasi dengan 58 peratus berbanding 45 peratus di peringkat global.

5) Rakyat Malaysia juga berasa lebih sunyi dan terasing akibat amalan bekerja dari rumah dengan mencatatkan 57 peratus berbanding 49 peratus di 27 negara yang lain.

6) Tinjauan menunjukkan wanita di bawah umur 35 tahun dan golongan berpendapatan rendah lebih cenderung untuk berasa resah dan tertekan berhubung situasi pekerjaan.

7) Sebanyak 10 peratus pekerja telah kehilangan pekerjaan manakala tujuh peratus pekerja telah meninggalkan pekerjaan mereka.

______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

1 Comments

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)

    ReplyDelete