ENAM pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kerana merogol remaja berusia 15 tahun di sekitar Ampang, Selangor.
Kesemua suspek yang ditahan semalam berusia 16 hingga 25 tahun bekerja sebagai
buruh kasar dan dua daripada mereka positif dadah jenis Opiat dan THC.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha
berkata, remaja perempuan itu dilihat mundar mandir di sekitar kawasan Pndan
Indah pada kelmarin oleh seorang pegawai kanan polis di Bukit Aman.
“Pengadu bertindak menghampiri budak perempuan berkenaan dan melakukan
pemeriksaan sebelum membawanya ke balai polis bagi tindakan lanjut kerana
disyaki telah dirogol oleh beberapa orang lelaki warganegara asing.
“Mangsa merupakan kanak-kanak warga tempatan yang tidak bersekolah dan pernah
mendapat perlindungan Rumah Nur Kasih tetapi telah melarikan diri sejak awal
tahun 2019.
“Ibu bapa mangsa juga dilaporkan telah bercerai,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Menurut Mohamad Farouk, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang untuk
rawatan siasatan awal mendapati mangsa telah dirogol lebih dari sekali di
sekitar Ampang.
Jelasnya, kesemua suspek kini telah ditahan reman bermula semalam sehingga 15
November depan.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan membawa
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan,” ujarnya.
Isu
1. remaja perempuan terbiar
2. masalah sosial dan peranan masyarakat perlu ditingkatkan
3. kawalan kepada warga asing
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
3 Comments
suruh pantau anak
ReplyDeletetapi biarkan pendatang haram gila seks ni masuk dalam Negara dan bermaustatin.
elok sangat la cadangan pun.
Warganegara sekarang ni hidup dalam curiga dan takut kerana di sekeliling mereka banyak pendatang yang bebas melakukan jenayah seolah-olah negara ini tiada pemerintah. Begitu juga dengan pihak berkuasa dan ahli politik yang tidak amanah, malah mencari untung dari pendatang ini.
DeleteKasihan, kalau Ye pun bercerai, anak itu kita pantaulah Sama Sama, bukan biar lepas macam tu je, kasihan budak tu,Masa depan tak menentu disebabkan penceraian.
ReplyDelete