Header ADS

header ads

Kereta Doktor Kena Double Park, Lihat Tindakan Doktor Ini. Terbaiklah Doktor


Seorang doktor wanita yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari tempat letak kereta akibat dihalang oleh kenderaan lain. Pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan sebarang nota ataupun nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Namun begitu, tindakan doktor ini telah membuatkan ramai masyarakat memuji tindakan beliau.

Ketika tiba di kereta untuk pulang menjemput anak dari sekolah, kenderaan yang menghalang itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon.

“Jika anda menghalang kereta lain dari keluar, anda hanya perlu meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Kelmarin ketika tiba di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan.”

“Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 kali pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya Lillie dari sekolah.

Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.”

“Sebelum meninggalkan kenderaan saya, sekeping nota telah ditinggalkan kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap orang lain.”.

Nota yang ditinggalkan kepada pemilik kenderaan bertulis:

Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.

“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.

“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”

“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.

Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya..

“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:

“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”

Nota yang ditinggalkan oleh pemilik kenderaan

“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa² perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”

“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”

Sumber Majalah Perdana

______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

2 Comments

  1. alhamdulillah... bukan semua org dpt bersabar dlm situasi demikian.... anda memang insan yg cemerlang... semoga kehidupan anda selamat dunia dan akhir at...

    ReplyDelete
  2. Betul, saya pun pernah kena double park, walaupun, takdelah sampai pecahkan cermin, tapi, bumper kereta Dia bercalar Sama dgn bumper kereta saya, kerana saya "sedaya upaya menyelit" keluar, sebelah menunggu hamper 1 jam.

    ReplyDelete