Header ADS

header ads

56 nama gula yang dilabelkan dalam makanan yang anda beli dan makan setiap hari


Gula memang manis dan sedap di makan bila ditambah ke dalam samada minuman atau makanan. Tapi kalau makan gula macam tu saja, tak ada orang yang amalkan. Itu setahu sayalah. Tak tau pulak kalau ada orang yang boleh ambil gula satu sudu dan gluppp! masukkan ke dalam mulut dan kunyah.

Jadi gula yang saya maksudkan di sini adalah benda manis yang menjadi bahan tambahan ke dalam makanan atau minuman.

Dalam Bahasa Inggeris mereka ada terma jelas tentang gula ni. Ia diberikan nama 'Added Sugars'. Saya berikan takrifan yang mereka maksudkan sebagai added sugar kat bawah ni

"The term ‘added sugars’ refers to sugars and syrup added to foods during processing or preparation, and sugars and syrups added at the table."

Berapa jumlah pengambilan gula yang betul

Kalau anda rujuk kepada maklumat yang diberikan oleh American Heart Association, mereka syorkan jumlah gula yang patut di ambil seperti berikut:

  • Dewasa lelaki - Tak lebih dari 9 sudu teh sehari. Bersamaan dengan lebih kurang 36 grams atau 150 kalori sehari.
  • Dewasa wanita - Tak lebih dari 5 sudu teh sehari. Bersamaan dengan 25 grams atau 100 kalori.

Rujuk artikel kat sini untuk maklumat lebih mendalam tentang jumlah gula yang disyorkan.

Jumlah yang disyorkan kat atas itu tak banyak sebenarnya. Untuk dapat gambaran mudah, katakan anda minum air berkarbonat atau air soda satu tin (kandungan 12 Ounces atau 355 mililiter).

Ada lebih kurang 8 sudu teh gula dalam minuman yang anda minum tu. Bersamaan dengan 32 grams gula tambahan yang dimasukkan ke dalam minuman tersebut.

Ertinya, habis saja anda telan satu tin minuman tersebut, maka dah nak habis had gula yang sepatutnya anda boleh makan satu hari.

Itu tak masuk lagi beberapa gelas teh tarik, kopi susu, jus buah-buahan, coklat dan lain-lain, yang anda belasah satu hari. Tak masuk lagi biskut, kek, kuih-muih atau makanan lain yang anda kunyah masa pagi, petang dan malam.

Kalau dicongak macam tu saja terbukti yang anda, saya dan ramai orang makan gula secara berlebihan setiap hari.

Gula ni adalah salah satu bahan binaan karbohodrat. Fungsi utama karbohidrat pula adalah sebagai bekalan tenaga dalam bentuk glukos di dalam darah. Campur lagi dengan bahan makanan karbohidrat lain seperti nasi umpamanya, ternyata kita ambil tenaga yang terlalu berlebihan lebih daripada apa yang tubuh badan perlukan setiap hari.

Maka tak hairanlah anda dikelilingi oleh orang gemuk atau lebih berat badannya di hampir semua tempat anda berada di negara kita.

Berapa banyak orang Malaysia makan gula

Saya cari maklumat dari kajian yang dibuat oleh pengkaji pada tahun 2016 berkenaan pengambilan gula di negara kita Malaysia. 

Boleh dirumuskan pengambilan gula berdasarkan kaum seperti berikut:

  • Melayu - Paling kuat makan gula. Lebih kurang 54 +- 20 grams sehari.
  • India - No dua kuat makan gula. Lebih kurang 44 +- 17 grams sehari.
  • Cina - Nombor 3 kuat dengan jumlah 30 +- 15 grams sehari
Cuba rujuk semula jumlah gula yang saya kongsikan sepatutnya anda ambil sehari kat atas. Semua orang nampaknya gagal!.

Kalau nak baca maklumat lebih terperinci tentang kajian tersebut, boleh rujuk pada pautan kat sini.

Kawal jumlah pengambilan gula anda

Demi menjaga kesihatan, elok rasanya anda dan kita semua lebih peka terhadap jumlah pengambilan gula kita setiap hari.

Dalam apa saja perkara, berlebihan adalah amalan yang memang tak bagus. Elok bersederhana dalam apa saja urusan berdasarkan keperluan. Perlu lebih peka dan cari maklumat supaya lebih terpelajar untuk diamalkan dalam kehidupan.

Saya suka minum kopi. Dah lama suka beli kopi asli yang di jual di pasaraya Giant secara kilo. Kopi tu dah siap dihaluskan dan dibungkus dalam beg plastik. Ada berbagai pilihan jenis kopi yang ada. Yang paling saya suka beli adalah jenis Robusta.

Kopi Robusta ada rasa sedikit masam kelat yang kena dengan lidah orang kampung saya. Dulu masa kat kampung suka minum kopi buatan kampung. Tapi sekarang dah tak berapa suka sebab ada rasa yang sangat berbeza.

Bila saya tanya, kawan beritahu kopi kampung tu ada bahan campuran yang berbeza daripada kopi asli yang saya suka beli sekarang. Sebab itu rasanya berbeza. Saya tak buat kajian sangat pasal kopi kampung.

Masa kat Perancis dulu, kawan-kawan orang Perancis suka ambil kopi asli pekat masa lepak kat Cafe. Mereka minum air kopi dalam kuantiti yang sedikit dalam cawan yang kecil.

Kalau saya order kopi, saya akan ambil cawan paling besar. Selalu kena tegur dengan kawan-kawan. Mereka kata saya memang hantu kopi sedangkan mereka ambil masa agak lama untuk hirup kopi asli pekat dari cawan kecil tu sedikit demi sedikit.

Beza antara mereka dengan saya adalah, saya akan masukkan dua atau 3 kuib gula ke dalam kopi tu. Mereka pula akan minum kopi kosong. Itu lebih sedap rasanya, kata mereka.

Saya dah cuba banyak kali untuk ambil kopi asli pekat begitu kosong, tapi masih tak berjaya sampai sekarang. Tapi saya berjaya kurangkan kuantiti gula yang dimasukkan saja sampai sekarang. Mesti ada gula sedikit untuk bagi lidah rasa ada gula.

Baru sekarang, bila dah kurangkan gula ke tahap paling rendah yang saya boleh, baru nak dapat rasa kebenaran rasa kopi tu macam mana. Itulah yang membuatkan saya dah tahu beza rasa antara serbuk kopi Robusta dengan Arabica.

Apa yang saya nak bagi tau adalah, betapa sukarnya nak pisahkan diri dari ambil gula dalam minuman seharian saya sampai sekarang.

Bila beli kuih atau biskut atau apa saja makanan, lagilah tak peka. Tak pernah peduli sangat kandungan bahan yang ada kat label bungkusan. yang disemak adalah samada ada logo halal atau tidak. Itu saja.

Tapi bila saya dapat tahu yang pembuat makanan dah pandai nak kelabukan orang ramai tentang apa yang ada dalam bahan makanan yang mereka buat, saya terpanggil nak kongsikan kat sini.

Nak beritahu kat anda yang peka kepada tahap gula bahawa ada 56 jenis gula yang mereka akan labelkan kat kotak makanan supaya anda tak nampak baha itu adalah gula.

Tapi gula tetap gula walau apapun ang anda namakan. Bila telan masuk ke dalam perut, anggota anda tu tak akan bezakan ikut nama. Dia hanya tahu yang itu adalah gula!

Berikut saya kongsikan apa yang mereka panggil yang sebenarnya adalah gula tapi dalam berbagai nama:

  1. Sugar/Sucrose
  2. High fructose corn syrup (HFCS)
  3. Agave nectar 
  4. beet sugar
  5. blackstrap molasses
  6. brown sugar
  7. buttered syrup
  8. cane juice crystals
  9. cane sugar
  10. caramel
  11. carob syrup
  12. castor sugar
  13. coconut sugar
  14. confectioner’s sugar (powdered sugar)
  15. date sugar
  16. demerara sugar
  17. Florida crystals
  18. fruit juice
  19. fruit juice concentrate
  20. golden sugar
  21. golden syrup
  22. grape sugar
  23. honey
  24. icing sugar
  25. invert sugar
  26. maple syrup
  27. molasses
  28. muscovado sugar
  29. panela sugar
  30. rapadura
  31. raw sugar
  32. refiner’s syrup
  33. sorghum syrup
  34. sucanat
  35. treacle sugar
  36. turbinado sugar
  37. yellow sugar
  38. barley malt
  39. brown rice syrup
  40. corn syrup
  41. corn syrup solids
  42. dextrin
  43. dextrose
  44. diastatic malt
  45. ethyl maltol
  46. glucose
  47. glucose solids
  48. lactose
  49. malt syrup
  50. maltodextrin
  51. maltose
  52. rice syrup
  53. crystalline fructose
  54. fructose
  55. D-ribose
  56. galactose
Semua itu adalah gula dalam berbagai bentuk yang berbeza tapi tetap gula. Hanya gabungan kandungan Glukos dan Fruktos sahaja yang memberikan perbezaan. Keduanya samada glukos atau fruktos tak bagus untuk diambil lebih daripada yang disyorkan.

Dalam buah-buahan umpamanya atau makanan asli lain masih tetap ada gula. Tapi beza makan buah contohnya, gula akan diserap secara perlahan-lahan sebab buah ada fiber. 

Kalau anda kurangkan gula dalam semua bahan makanan proses yang anda ambil, nak hilangkan ketagih lidah kepada benda manis, makan saja buah. Insyallah lega sikit teringin nak rasa gula atau rasa manis tu.

Maklumat tentang kesemua jenis atau nama gula yang saya senaraikan tu diambil dari sini. Pergi baca kat situ untuk maklumat yang lebih mendalam.

Semoga bermanfaat hendaknya ..

- http://www.jasduit.com/

______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

2 Comments

  1. Pembetulan:

    Dewasa wanita - Tak lebih dari 6 sudu teh sehari. Bersamaan dengan 25 grams atau 100 kalori.

    ReplyDelete