Header ADS

header ads

Apakah Cara Bunuh Pepijat Yang Berkesan?


Infestasi pepijat di rumah akan menjadikan hidup korang lebih menderita. So, kalau nak dapatkan cara bunuh pepijat yang efektif, kami ada sediakan cara komersil dan petua tradisional (seperti menggunakan kulit durian dan limau nipis) untuk korang!

Masalah pepijat ni bukan lah benda yang baru sebenarnya, tapi tak tau kenapa sejak-sejak ni, banyak pulak dengar kes-kes pepijat duk membiak sampai habis merenyam satu badan tuan rumah.

Siapa yang pernah kena gigit pepijat je, tau betapa peritnya kulit bila bangun tidur tiba-tiba penuh bintik-bintik merah serata badan. Rasa gatalnya pulak, Tuhan je yang tau!

Kalau tiba-tiba badan ada bintik-bintik merah, pastu gatal sampai nak naik gila, baik korang pergi check dulu kalau ada pepijat kat tilam atau kat mana-mana perabot dalam rumah.

Selalunya, memang dalam tilam lah tempat paling femes pepijat buat rumah dorang.

Apa yang korang kena tau pasal pepijat?

Ada dua spesies pepijat yang selalunya dijumpai kat Malaysia ni: Pepijat biasa (Cimex lectularius) dan Pepijat Tropika (Cimex hemipterus).

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Pepijat biasa tu selalu ada kat kawasan-kawasan yang suhu normal atau beriklim sederhana; pepijat tropika pulak selalu ada di kawasan tropika.

Untuk korang lebih mengenali apa tu pepijat, kitorang letakkan ciri-ciri dan fakta tentang pepijat kat bawah ni:

Fakta

Ciri-Ciri

  • Menghisap darah manusia
  • Berbentuk oval  
  • Boleh hidup selama 6-12 bulan
  • Bersaiz lebih kurang 3mm-5mm panjang dan lebar
  • Boleh tahan lapar dan dahaga sehingga 1 tahun
  • Warna hitam atau keperangan
  • Pepijat betina boleh mengeluarkan telur sebanyak 500-1,200 biji sepanjang hayatnya
  • Bau yang kurang enak dan busuk

Penting sebenarnya untuk korang tahu ciri-ciri pepijat, sebab kadang-kadang pernah dengar nama je ‘pepijat’ atau ‘bed bugs’, tapi rupenya tak tau macam mana. Bila dah tau rupenya, barulah senang nak kenal pasti kalau betul-betul rumah ada pepijat kan?

Apa masalah yang timbul bila ada pepijat?

Bila rumah tetiba ada pepijat, memang pening kepala dibuatnya. Dahlah dorang ni beranak-pinak punya la cepat, pastu nak hapuskan kaum kerabat dia tu bukan mudah.

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Antara masalah-masalah yang korang akan hadapi kalau dah ada pepijat ni:

  • Gigitan yang sangat gatal (mestilah!)
  • Kesan gigitan lambat nak hilang
  • Menganggu emosi semua orang dalam rumah
  • Sah-sah tidur takkan lena bila pepijat dah bersarang dalam tilam

Dia punya tahap bahaya pepijat ni, kalau pergi hotel pun boleh terbawak balik. Sangat senang pepijat ni pindah-randah, sebab ianya sejenis serangga yang merayap.

So, kalau korang check-in dalam bilik hotel yang ada pepijat, dorang boleh menyelinap masuk dalam beg atau naik atas baju. 

Pastu bila dah balik rumah, pepijat tu merayap pulak ke tilam atau karpet kat rumah. Seekor pun cukup dah ikut balik rumah, lepas dia bertelur, menetas, maka habislah bermula operasi keturunan pepijat tu menggigit dan menghisap darah.

Cara komersil untuk hapuskan pepijat

Langkah pertama dalam nak menghapuskan pepijat adalah kenalah cari dulu kat mana pepijat tu dah bersarang.

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Boleh check kat tilam, bantal, kayu almari ke, tengok kalau ada pepijat banyak-banyak berkerumun dengan telurnya sekali. Kalau dah jumpa macam tu, kira dah tahap parah jugak tu.

Salah satu cara nak bunuh pepijat adalah menggunakan cara komersil yang boleh hapuskan serangga perosak lain, macam semut, yang mana korang boleh upah syarikat yang tawarkan perkhidmatan kawalan serangga.

Tapi, tak semua orang mampu nak dapatkan perkhidmatan profesional untuk masalah pepijat ni, sebab kosnya boleh tahan mahal jugak.

Lagi-lagi kalau dah nak kena ulang servis tu banyak-banyak kali sampai pepijat tu semua lenyap dari rumah korang.

Ada dua cara yang syarikat ni akan guna, bergantung pada tahap masalah pepijat tu dan bajet tuan rumah.

Kalau ambil servis yang guna bahan kimia beracun, kosnya adalah dalam RM350 ke RM450, tapi kena pastikan yang syarikat tu menggunakan bahan kimia yang ada nombor lesen racun makhluk perosak.

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Cara yang paling terbaik dan berkesan untuk membunuh pepijat adalah dengan wap haba, yang mana harga dalam RM650 ke RM750.

Walaupun mahal kaedah wap haba ni, tapi ia tak membahayakan dan dapat membunuh pepijat dewasa, larva, dengan telur-telurnya sekali.

Apakah Petua Tradisional Untuk Menghalau Pepijat?

So, yang kat atas tadi tu cara komersil nak nyahkan pepijat. Sekarang kita tengok cara nak bunuh pepijat menggunakan petua-petua tradisional pulak.

Selain dari membunuh, petua-petua ni pun dapat mengurangkan dan mencegah infestasi pepijat dalam rumah korang.

1) Jemur tengah panas

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Barang-barang yang ada kat dalam rumah korang di mana pepijat boleh berlindung, kena selalu jemur kat tengah panas, sebab pepijat akan terus jadi lemah bila terkena matahari terik.

Lagi bagus kalau boleh jemur sekali semua perabut yang dah kena hinggap pepijat, so dorang tak boleh nak lari pergi tempat lain pulak.

2) Rendam dalam air panas

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Bila tau je ada pepijat, terus ambil semua baju, cadar, sarung tilam dan mana-mana kain yang dah terkena tu, dan pergi rendam dalam air panas yang melebihi 70 darjah Celcius.

Kalau dah rendam panas-panas tu, pepijat dan telur semua akan mati, kalau tak, habis dalam mesin basuh pulak ada pepijat tu!

3) Kulit durian

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Ada yang kata bau dari kulit buah durian tu boleh menghalau pepijat. Kalau musim durian memang senang lah, lepas makan tu, ambil kulit durian pastu letak kat bawah katil atau mana-mana perabot yang rasanya pepijat duk bersarang.

Tapi, kalau anda sendiri pun tak boleh bau durian, mungkin ini bukan petua untuk anda. Nanti kang pepijat tak lari, anda yang lari dulu!

4) Kulit limau nipis

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Kalau tak suka bau durian, boleh lah cuba petua yang ni pulak. Kulit limau nipis pun boleh menghalau pepijat, so hiris je limau nipis tu banyak-banyak lepas itu letak kat semua tempat yang korang rasa ada pepijat. Harum jugak rumah kan, kalau nak banding letak kulit durian tu.

5) Batang serai

pepijat, Kesan gigitan pepijat, Cara bunuh pepijat

Batang serai pun boleh jugak nak diguna. Mana tau ada yang lebih-lebih lepas masak tom yam kan! Haaaa tumbuk je batang serai tu bagi pecah-pecah untuk keluarkan bau serai.

Lepas tu, letak lah kat bawah perabot, bawah katil, bawah tilam atau nak letak bawah bantal pun boleh. Janji pepijat tu semua lari bila bau serai tu.

Itu je beberapa cara dan petua yang sempat kitorang kongsikan untuk korang yang adea masalah dengan pepijat.

Apa-apa pun, korang mesti selalu dengar yang mencegah tu lebih baik dari mengubati kan, so kena lah rajin-rajin kemas rumah, jangan bagi bersepah-sepah, lagi-lagi kalau banyak guna perabot kayu. 

Lepas itu, kena jugak vakum semua karpet; tempat-tempat yang nampak ada rekahan tu guna vakum berkuasa tinggi.

Tilam pulak balutlah dengan cadar tahan pepijat (bed bug-proof cover), sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan peluang untuk pepijat bersarang kat tilam rumah tu.

Bila tak ada pepijat, serius rumah akan rasa lebih aman dan bersih. Tapi, kalau dah terkena tu nak buat macam mana kan. Semoga cara-cara kat atas ni dapat membantu anda!


- PropertyGuru Malaysia


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments