Header ADS

header ads

Lapor polis kerana suami rahsiakan kepala botak


New Delhi:
Selepas dua tahun berumah tangga, seorang wanita di Thane, Maharashtra, India, membuat laporan polis terhadap suaminya.

Bagaimanapun, laporan berkenaan bukanlah disebabkan masalah jenayah atau keganasan rumah tangga.

Sebaliknya, wanita itu berbuat demikian kerana mendakwa ditipu oleh suaminya hanya kerana lelaki itu berkepala botak.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan, wanita berusia 27 tahun yang bekerja sebagai akauntan.

Media tempatan melaporkan wanita berkenaan membuat laporan mendakwa dirinya ditipu di balai polis Naya Nagar, Thane.

Tindakan itu dibuat kerana berasakan suaminya tidak jujur apabila menyembunyikan hal sebenar daripada pengetahuannya.

Pegawai Kanan Polis, Kailash Barve berkata, wanita itu memaklumkan sebelum berkahwin, dia tidak mengetahui bahawa suaminya itu tidak mempunyai rambut.

Wanita terbabit mendakwa, lelaki itu pada awalnya menyembunyikan perkara itu dengan memakai rambut palsu.

"Wanita itu memberitahu dia mengetahui perkara sebenar sehari selepas berkahwin dengan suaminya iaitu sebaik tiba di rumah keluarga mentua.

"Keluarga mentua pengadu menganggap ia sebagai perkara yang remeh.

"Namun, wanita itu tidak dapat menerima hakikat itu dan berkata tidak akan berkahwin dengan suaminya itu jika tahu perkara sebenar," katanya.


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments