AMPANG: Dua lelaki Rohingya termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan kerana pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Ogos lalu.
Tertuduh, berstatus juvana berusia 17 tahun dan seorang lagi tertuduh berusia 20 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norhazani Hamzah dan Majistret Normaizan Rahim.
Mengikut
pertuduhan, tertuduh juvana berkemeja T kolar merah dan putih, didakwa
di Mahkamah Majistret Ampang, dengan tuduhan dengan sengaja merogol
mangsa, yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan.
Kejadian didakwa dilakukan di tangga di Taman Komersil, Pandan Indah pada jam 2 pagi, Ogos lalu.
Sementara itu tertuduh kedua, berusia 20 tahun, bekerja sebagai operator kilang didakwa atas dua pertuduhan merogol ke atas mangsa yang sama di sebuah rumah tidak bernombor di lokasi sama.
Kejadian didakwa dilakukan pada jam 3 petang, Oktober 2019 dan jam 1 petang, September lalu.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Mahkamah menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes.
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments