PERNAHKAH anda terfikir berapa usia sebenar kucing kesayangan anda dan berapa lama ia boleh hidup?
Rata-rata kucing mempunyai usia maksimum sekitar 13 hingga 17 tahun. Berikut adalah beberapa cara untuk mengetahui usia kucing anda.
1. Gigi
Usia kucing dapat dilihat menerusi giginya. gigi anak kucing biasanya akan tumbuh ketika ia berusia di antara dua hingga empat minggu, menjadikan gigi sbagai penentu usia mereka.
Kemudiannya, gigi kekal kucing berkembang, iaitu pada usianya mencecah tiga ke empat bulan. Gigi kekal akan mula mengganti gigi susu sepenuhnya ketika ia berusia enam bulan.
Bagi kucing yang lebih berusia, jumlah karang gigi boleh menjadi pengukur usia mereka.
2. Kematangan seksual
Usia kucing juga dapat diukur daripada tanda-tanda akil baligh, seperti testikal bagi kucing jantan yang lebih menonjol. Kucing betina pula akan mengalami kitaran estrus di antara usia lima ke 12 bulan.
Kitaran estrus ini adalah kitaran pembiakan biasa yang dialami oleh kucing betina. Kitaran berahinya pula mempunyai empat fasa iaitu proestrus, estrus, dysestrus dan anestetik.
Kucing betina yang memasuki fasa proestrus akan kelihatan gelisah, alat sulitnya berwarna merah dan bengkak disertai dengan peningkatan selera makan. Kucing betina boleh bunting pada usianya tujuh bulan.
3. Bulu
Bulu pada anak kucing memiliki tekstur halus dan lembut. Seiring dengan pertambahan usianya, bulunya juga akan mula menebal dan menjadi kasar. Bulu kucing dewasa pula akan berubah warna menjadi lebih gelap atau terang.
Kucing yang sudah tua memiliki bulu putih atau kelabu, sama seperti manusia seperti sudah berusia.
4. Mata
Kucing yang sudah berusia biasanya memiliki mata yang lebih redup. Biasanya perkara itu berlaku pada kucing yang sudah mencecah usia 10 tahun.
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments