Apabila seorang pengurus yang bersifat baik dan bertanggungjawab, semoga dia diberkati dalam hidupnya.
AALBORG: Pelanggan dan kakitangan gedung perabot ternama Ikea di Denmark mendapat pengalaman bermalam terbaik selepas terkandas akibat ribut salji.
Dalam
kejadian di bandar Aalborg baru-baru ini, sekurang-kurangnya 25 staf
dan pelanggan gedung perabot itu tidak dapat pulang ke rumah apabila
salji setebal 30cm (12 inci) melitupi jalan dan bangunan.
Disebabkan keadaan cuaca yang tidak memungkinkan mereka beredar, pelanggan dan staf gedung dibenarkan bermalam di bilik pameran, menjamu selera di kafe, juga menonton televisyen di premis tersebut.
Bukan setakat kumpulan itu sahaja, malah kakitangan kedai mainan bersebelahan juga memohon untuk tumpang berteduh di gedung Ikea tersebut.
Pengurus gedung Peter Elmrose berkata mereka tidur di bilik pameran di mana terdapat katil, tilam dan sofa.
"Kami berkumpul di kafe, di mana kami dapat makanan dan minuman, dan tonton televisyen.
"Kami tak dapat elak situasi ini. Kami sangat gembira mendapat perlindungan," kata Erik Bangsgaard, antara pelanggan yang terperangkap di dalam premis itu.
Selain tidur yang selesa, keesokan harinya, kumpulan itu dijamu pula dengan sarapan pagi roti gulung kayu manis dan kopi sebelum mereka meninggalkan premis tersebut.
Elmrose memaklumkan bahawa katil dan perkakas di premis itu akan dibersihkan apabila gedung itu dibuka pada pagi Khamis.
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments