Header ADS

header ads

26 buta lepas buang katarak percuma

New Delhi: Seramai 26 penduduk kampung buta selepas menjalani pembedahan membuang katarak di kem kesihatan percuma anjuran sebuah hospital swasta di Bihar.

Keadaan itu mencetuskan bantahan keras dengan waris mangsa meminta pampasan sebagai ganti rugi.

Portal Gulf News melaporkan, keadaan itu menyebabkan sembilan penduduk kampung terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan mata kerana mengalami jangkitan, kata pegawai kesihatan pada Selasa.

Kem itu dianjurkan oleh hospital mata swasta di bandar Muzaffarpur, pada 22 November lalu.

Seramai 65 penduduk kampung pergi ke hospital untuk pemeriksaan dan selepas itu mereka diminta menjalani pembedahan katarak.

Selepas itu, semua mereka menjalani pembedahan di hospital itu seorang demi seorang.

Tidak lama selepas pembedahan, semua pesakit mula mengadu sakit di mata mereka dan jangkitan teruk.

Tetapi aduan sebahagian besar daripada mereka tidak diendahkan sebelum pesakit dikejarkan ke hospital di kawasan kejiranan atau di Patna.

Di sana, doktor mendapati jangkitan teruk pada mata mereka.

Saudara-mara yang marah kemudiannya membuat bantahan di jalanan dan bertemu pakar bedah awam tempatan yang meminta tindakan diambil terhadap hospital terbabit.

"Kami mendapat tahu semua orang yang menjalani pembedahan katarak mengalami jangkitan teruk dan doktor mencadangkan untuk membuang mata yang dijangkiti itu.

"Satu jawatankuasa khas dibentuk membabitkan tiga orang pakar untuk meneliti perkara ini," kata pakar bedah awam daerah Muzaffarpur, Dr Vinay Kumar Sharma kepada media pada Selasa.

Beliau berkata, tindakan itu akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan selepas mendapat laporan siasatan.

Pakar bedah awam hampir terkejut apabila saudara-mara sembilan pesakit memaklumkan mengenai mata dibuang kerana jangkitan akibat pembedahan yang gagal.

Seorang mangsa, Meena Devi berkata, dia berasa sangat sakit pada matanya selepas pembedahan tetapi apabila dia menghubungi doktor, dia diberikan suntikan penahan sakit dan dibenarkan keluar keesokan harinya.

"Apabila saya pergi ke hospital keesokan harinya (24 November), doktor menegur saya kerana cuai.

"Apabila saya membantah keras, mereka mencadangkan supaya mata yang dijangkiti itu dibuang," katanya.



______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments