Header ADS

header ads

Pelik, Kenapa Ziarah Keluarga Suspek Pembunuh?


Selalunya orang akan menziarahi keluarga mangsa, bukannya keluarga suspek. Kan?

Tapi kali ini seorang tokoh kebajikan di Terengganu, bukan sahaja menziarahi keluarga mangsa gadis berusia 19 tahun yang dibunuh, malah turut menziarahi keluarga suspek yang disyaki membunuh.

Ini agak rare tuan-tuan.

Ini yang aku fikir.

Ya, pastinya kita akan simpati pada keluarga mangsa.

Ya betul, ini tindakan yang tepat dan mesti dibuat.

Namun, kita jarang simpati kepada keluarga suspek.

Bahkan, diceritakan bahawa keluarga suspek masih lagi terkejut dan bersedih dengan kejadian tersebut.

Ya, ibubapa mana tak sedih anak mereka disyaki sebagai pembunuh.

Ini suatu sisi yang selalu kita terlepas pandang sehingga memberikan komentar yang tidak sewajarnya, hatta melampiaskan nafsu komen dengan menyerang keluarga suspek.

Walhal, suspek masih lagi berada dalam siasatan polis.

Belum diputuskan bersalah.

Namun telah dihakimi dengan dahsyat sekali di alam maya.

Tidak terbayang bagaimana perasaan menerima berita anak sendiri sebagai suspek pembunuhan.

Pasti hancur hatinya, malah dipijak-pijak pula oleh orang ramai.

Bahkan, jika didapati bersalah, bukan sahaja keluarga mangsa kehilangan anak, keluarga suspek juga mungkin kehilangan anak.

Malah dengan perasaan lebih pedih kerana anak terlibat dengan jenayah berat.

Ya, kita marah.

Tapi jangan marah dengan melampaui batasannya.

Jangan kawan.

Hari ini hari mereka, esok lusa kita tidak tahu.

Terima kasih kepada YB Haji Hanafiah Mat, orang Teganu gelarnya sebagai Hanafiah Lew (sempena Ebit Lew kot), yang membuka mata kita pada suatu sisi yang tidak dilihat oleh kebanyakkan orang.

YB Haji Hanafiah Bin Mat adalah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu.

Jika kita ikuti perjalanan EXCO Kebajikan Kerajaan Negeri Terengganu ini, boleh rujuk FB beliau, pasti kita nampak passion beliau dalam soal kebajikan di Terengganu ini lain macam.

Marilah kita doakan kedua-dua keluarga diberikan kekuatan oleh Allah untuk berhadapan dengan ujian ini.

Dan, kita selaku netizen diberikan kesabaran berhadapan dengan situasi ini.


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments