LELAKI warga Nigeria yang didakwa mencampak cucu tirinya dari tingkat empat sebuah pangsapuri dekat Setapak di Kuala Lumpur dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.
"Berdasarkan ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek mengambil ubat-ubatan.
"Turut difahamkan suspek mengalami masalah kesihatan mental. Tiada rekod rawatan yang ditemui setakat ini, tetapi maklumat berdasarkan keterangan diberikan keluarga dan rakan-rakan suspek," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Isnin.
Beliau menambah, suspek direman selama tujuh hari.
Pada pagi Ahad, suspek dipercayai berang setelah keluarganya menghalangnya dalam cubaan merogol anak tirinya di pangsapuri mereka di Danau Kota, Setapak.
Lelaki itu kemudian menumbuk semua anggota keluarganya sebelum mencampakkan cucu tirinya yang berusia empat tahun dari tingkat empat pangsapuri.
Kanak-kanak itu mati di tempat kejadian.
Suspek kemudian melompat dari tingkap yang sama tetapi terselamat.
Tiga ahli keluarga, termasuk isterinya, masih dirawat di hospital. - The Star
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments