2. Pulangkan duit yang kita pinjam sebelum diminta. Tak kisah lah RM 1 atau RM 100. Hutang tetap hutang. Hormati integriti diri sendiri.
3. Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.
4. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, "Oh, belum kahwin ya? Umur dah berapa ni?", atau "Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?", "Kenapa belum beli rumah?". Itu hal peribadi. Tak perlu ditanya. Bukan hal kita.
5. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tak rugi bantu mudahkan orang lain.
6. Berhati-hati dalam bergurau. Tak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.
7. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila dah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.
8. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.
9. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau dah terbagi tahu, eloklah jemput terus.
10. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments