LAHORE: Pihak berkuasa Punjab, wilayah paling ramai penduduk di Pakistan, pada Sabtu melarang prosedur perubatan ketinggalan zaman untuk mangsa rogol menjalani pemeriksaan fizikal invasif.
Langkah itu menyusul tindakan pengkritik “ujian 2 jari” menyaman kerajaan Punjab, yang mempunyai 110 juta penduduk, tahun ini dalam usaha menghentikan amalan sejak zaman penjajahan British.
Penyokong pemeriksaan dalaman itu mendakwa ia boleh menilai persetubuhan rambang seorang wanita dan “maruah” mereka, serta sama ada wanita terbabit sudah “biasa dengan hubungan seks”.
Bantahan terhadap ujian berkenaan semakin meningkat beberapa tahun
ini dengan pengkritik berkata, ia tidak memberi sebarang maklumat
berguna dan menyebabkan mangsa rogol trauma.
Pihak berkuasa kesihatan Punjab pada September lalu mengakui ujian
itu hanya mempunyai “nilai bukti terhad”, tetapi amalan itu masih
diteruskan.
Larangan yang berkuat kuasa Sabtu itu, menghalang kes yang masih dibicarakan di mahkamah.
Kes sama juga sedang berlaku di wilayah selatan Sindh dengan momentum sedang meningkat untuk larangan itu dilaksanakan di seluruh Pakistan.
Seorang pengurus kes bagi mangsa keganasan seksual dan jantina, Sidra
Humayun menyambut baik larangan itu yang akan menjadi cabaran untuk
memastikan pekerja perubatan mematuhinya.
Katanya, mentaliti “mengaitkan kebolehpercayaan dakwaan mangsa rogol
dengan maruah dan sifat murninya” dalam kes undang-undang juga perlu
ditangani.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan ujian itu “tidak saintifik, tidak perlu dari segi perubatan dan tidak boleh dipercayai”.
India sudah melarang ujian 2 jari pada 2013 yang diikuti Bangladesh pada 2018.
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments