"Tahun
lepas merupakan antara tahun yang cemerlang buat saya. Secara
keseluruhan saya telah berjaya membawa pulang dua pingat emas daripada
World Martial Arts Mastership bagi acara Multiple Shots (Individu dan
Berkumpulan) serta satu pingat emas daripada World Horseback Archery
Championship bagi acara Multiple shots (Individu) di Korea Selatan.
Bukan senang nak mengalahkan atlet lain terutama dari Mongolia, Turki, Korea Selatan & pasukan Eropah lain kerana mereka amat pakar dalam sukan ini. Antara cabaran yang saya lalui sebelum ke pertandingan ini adalah saya dan rakan sepasukan perlu berlatih sendiri kerana jurulatih kami yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia terpaksa ke Belgium atas urusan kerja.
Selain itu, disebabkan sukan ini baru di Malaysia, kami tidak ada fasiliti & kuda sendiri untuk latihan serta masa yang terhad kerana masing-masing ada kerjaya lain. Di sana pula, semua peserta diberi masa sehari sahaja untuk memilih kuda yang disediakan penganjur & cabaran utama untuk cepat menyesuaikan diri dengan kuda ini.
Secara personal saya tak sangka dapat menjadi juara terutama bagi acara Multiple Shots. Setiap pemanah berkuda perlu memanah 5 buah sasaran dalam masa 20 saat. Kiraan markah adalah berdasarkan jumlah target points dan juga speed points. Kemenangan saya juga telah mengejutkan ramai pihak kerana saya merupakan wanita pertama yang berjaya menjadi juara & menewaskan pemanah berkuda lelaki yang lain."

Selepas
ini target dia untuk belajar teknik & sejarah dari negara-negara
lain. Dalam masa sama mahu terus mewakili & mengharumkan nama
Malaysia dalam kejohanan yang akan datang. Kalau anda nak tahu, dia
minat dengan sukan ini semuanya bermula sejak 2011 & kisah Erina
sebagai pemanah berkuda pernah didokumentasikan dalam History Channel
Asia. Mantap!
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments