Jom lihat tips dan amalan untuk kulit cantik yang senang dilakukan di rumah mahupun di luar.
1. Pengambilan Air Putih.
Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya kulit kita sentiasa dalam keadaan lembap. Air memberikan banyak manfaat kepada kulit kita selain dari menambah cairan dalam badan, ia menghilangkan racun di kulit. Air putih merupakan kunci utama untuk melembapkan kulit, menambah nutrisi kepada sel-sel kulit dan mencegah penuaan.
2. Mengurangkan Pengambilan Makanan dan Minuman Manis.
Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, hidangan manisan, minuman soda, minuman segera 3-dalam-1 dan makanan yang kaya tenusu. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon jerawat.
3. Meminum Minuman Detoks.
Minum air perahan lemon dan teh hijau kerana ia adalah minuman detoks yang tinggi anti-oksida. Ianya terbaik untuk melawan jerawat dan sebagai pencuci dalaman.
4. Jaga Kebersihan Sarung Bantal.
Jaga kebersihan dengan kerap menukar sarung bantal. Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal untuk jangkamasa yang lama dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak. Selalulah menukar sarung bantal anda untuk mengelak pembiakan bakteria kembali melekap pada wajah.
5. Jaga Kebersihan Telefon Bimbit.
Sentiasalah mengelap skrin depan dan permukaan belakang telefon bimbit anda dengan tisu pembersih anti- bakteria. Ada juga yang bawa telefon bimbit ke tandas kann.
6. Disiplin Dalam Penjagaan Kulit.
Rajin dan disiplinkan diri untuk melakukan rutin asas penjagaan kulit harian. Anda juga harus tahu bagaimana memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.
7. Elakkan Mandi Air Panas.
Jika anda mempunyai kulit jenis kering, elakkan daripada mandi air panas atau ‘hot-shower’. Cukup sekadar mandi dengan air biasa atau sejuk sahaja. Mandi air panas akan menyebabkan kulit bertambah kering.
8. Wap/Stim Muka.
Melakukan rutin wap/stim muka dengan menitiskan 2-3 titik minyak essential ke dalam air panas di dalam bekas besar. Wapkan muka selama 15 minit untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih berkesan.
9. Baca Label Pada Produk Kosmetik.
Apabila ingin membeli kosmetik, pilih yang tertera ‘non-comedogenic’ yang boleh menyekat pori dan menghasilkan ‘blackheads’. Anda juga perlu memilih kosmetik yang tertera ‘non-acnegenic’ yang menjadi punca jerawat dan ‘breakouts’.
10. Remedi DIY.
Amalkan penjagaan kecantikan daripada remedi bahan semulajadi dengan sendiri di rumah.
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
1 Comments
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- GOPAY
- Link AJA
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
add Whatshapp : +85515373217 x-)