MENIKAHI Mufti Anas Sayied pada 20 November lalu dianggap sebagai pelengkap kehidupan pelakon terkenal Bollywood, Sana Khan selepas membuat keputusan meninggalkan dunia glamor.
Dalam
perkongsian di akaun Instagram peribadinya, akres jelita berusia 32
tahun itu menyifatkan, pernikahan dia dengan ulama berkenaan sesuatu
yang sangat indah.
“Tidak
pernah terfikir percintaan yang halal akan menjadi sesuatu yang indah
sehinggalah menikahi kamu,” kata Sana dalam hantaran Instagramnya yang
diikuti oleh 3.8 juta pengikut.
Harapan
Sana, perkahwinannya dengan Anas juga mendapat rahmat daripada Allah
sambil berdoa agar mereka bukan sahaja bertemu di dunia, bahkan di
syurga.
Selain
mengumumkan pernikahannya beserta gambar bersama suaminya, Sana juga
berkongsi foto-fotonya dalam pelbagai persalinan sempena hari bahagianya
dengan ulama yang berasal dari Gujerat itu.
Pada
Oktober lalu, Sana mengumumkan pengundurannya dari gelanggang
perfileman Bollywood selepas 15 tahun bergiat aktif sehingga menempa
kemasyhuran dan kekayaan.
Keputusan mengejutkan jelitawan yang menempa nama menerusi filem Jai Ho itu diambil selepas dia menyedari kerja-kerja seni yang dilakukan tidak menggembirakannya.
Sebelum
keputusan meninggalkan bidang glamour diambil, Sana tertanya-tanya
apakah makna sebenar kehidupan seorang manusia semata-mata mengejar
kekayaan dan kemasyhuran?
Bertitik tolak
pada kesedaran yang diperoleh, Sana akhirnya memilih untuk memberi
tumpuan pada kehidupan hari esok dengan mengabdikan diri pada Yang Maha
Esa.
Sana juga berdoa semoga Allah akan menghapuskan segala dosa dan kekhilafan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Sepanjang
bergelar pelakon, Sana pernah membintangi 14 buah filem dalam lima
bahasa ikaitu Hindi, Malayalam, Tamil, Kannada dan Telugu.
Dia juga pernah muncul dalam 50 iklan komersial selain aktif sebagai penari.
______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments