Header ADS

header ads

‘Asli atau implan’, wanita dakwa pemandu Grab tanya pasal payudaranya


PETALING JAYA:
Seorang wanita berusia 33 tahun mendakwa menjadi mangsa gangguan pemandu Grab yang bertanya soalan tidak senonoh mengenai payudaranya, dan memandu secara berbahaya melalui jalan suram dari Segambut ke Cheras.

Jurucakap Grab kemudian memberitahu FMT, syarikat berkenaan sedia maklum dan kesal dengan kejadian itu.

Grab berkata, pihakya tidak bertolak ansur terhadap gangguan seperti itu, dan pemandu yang melakukan kesalahan berdepan tindakan penggantungan atau dikeluarkan selepas semakan dibuat.

Penumpang Grab Sheryll Fatihah berkata, dia berdepan pengalaman menakutkan selama 26 minit pada Sabtu lalu.

Sheryll Fatihah.

Wanita itu berkata, pemandu berkenaan pada mulanya bertanya adakah payudaranya “asli atau implan”.

Ketika itu, dia menyuruh pemandu berkenaan berhenti bercakap. Lelaki itu akur. “Dia berhenti bercakap tetapi melihat saya melalui cermin pandang belakang. Dia memecut setiap kali melalui jalan berbonggol,” katanya kepada FMT. “Saya rasa dia berada bawah pengaruh sesuatu.”

Sheryll berkata, pemandu berkenaan turut melanggar pembahagi jalan selepas dia menunjukkan destinasi hendak dituju di telefon. Wanita itu mendakwa pemandu berkenaan melalui jalan suram dan sepanjang masa melihat cermin pandang belakang.

“Nasib baik sempat sampai ke destinasi. Apa akan berlaku jika saya tertidur? soalnya.

______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

1 Comments

  1. Tutuplah aurat dengan baik, sentiasa mencari teman andai menaiki kereta bersendirian bersama ajnabi atau cari sahaja Grab yang drivernya wanita.

    Doa dan tawakkal andai terpaksa.

    Kita jaga kita, Allah jaga kita.

    ReplyDelete