Header ADS

header ads

Wanita tak serik kahwin lebih 10 kali


London:
Seorang ahli perniagaan wanita tidak serik untuk berkahwin lagi walaupun sudah melangsungkan perkahwinan sebanyak 10 kali. 

Lapor Oddity Central, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Cassey, 56, kini dalam pertimbangan untuk bercerai dengan suaminya yang ke-10 dan menyatakan dia tidak kisah dengan perpisahan itu asalkan dapat bertemu dengan cinta sejati.

Pengakuan tersebut dibuat ketika Cassey menjadi tetamu dalam satu program televisyen, baru-baru ini.

Wanita itu memaklumkan, biarpun sudah berkahwin sebanyak 10 kali, dia masih belum berjumpa dengan pasangan hidup yang benar-benar serasi dengannya.

“Apabila saya tidak boleh bertahan lagi dalam perkahwinan, saya akan membuat keputusan untuk bercerai dan saya rasa langkah itu lebih baik berbanding berpura-pura bahagia.

“Perkahwinan pertama saya paling bertahan lama iaitu selama lapan tahun, namun saya dan bekas suami berpisah secara baik,” katanya.

Jelas Cassey, perkahwinan keduanya pula bertahan selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Namun, jodoh mereka tidak panjang selepas suaminya jatuh cinta dengan wanita lain.

Wanita itu memberitahu, dia pernah berkahwin dengan pelbagai jenis lelaki termasuk penyanyi rock, pakar agama dan kekasih dari zaman sekolah.

Katanya, dia akan terus mencari cinta sejati biarpun terpaksa menempuh lebih banyak perkahwinan selepas ini.


______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments