Header ADS

header ads

Resipi Ikan Keli Goreng Berlada Paling Simple

OK sebelum kita mulakan penjelasan mengenai cara-cara memasak atau resepi ikan keli goreng berlada / ikan keli masak sambal berlado, mari sini saya ceritakan serba sedikit mengenai ikan keli ini. Ikan keli ni memang antara ikan yang paling menakutkan untuk orang wanita memasak. Kenapa ya? Kerana ikan keli akan meletup-letup ketika digoreng. Sebenarnya ada cara untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup ketika memasak. Untuk mengetahuinya, anda perlu baca penulisan ini sampai habis.

resepi ikan keli goreng berlada

Selain ikan keli, anda juga boleh menggantikan resepi ini dengan ikan sembilang/semilang. Lebih kurang sahaja. Bagi anda yang tak tahu, ikan keli digelar sebagai ikan lele di indonesia. Jadi kalau anda ke Indonesia dan anda dihidangkan dengan sajian ikan lele, anda pasti tidak gelabah tidak mengetahui ikan jenis apakah itu.

Sebenarnya mudah sahaja untuk menyediakan sajian ikan keli goreng berlada atau resepi ikan keli goreng sambal berlado ini. Ada tips dan petuanya. Ikut artikel resepi ini sepenuhnya ya.

bahan ikan keli goreng berlada

Bahan-Bahan Ikan Keli Goreng Berlada

  • Beberapa ekor Ikan keli. Anda boleh potong kepada dua bahagian kalau anda menggoreng menggunakan kuali kecil.
  • 2 biji bawang besar. Lagi bagus kalau gunakan bawang berwarna kuning Holland tu. Dihiris bulat-bulat. Masakan anda akan menjadi lebih manis.
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 4 biji cili merah besar atau cabai merah
  • 8 biji cili padi atau cabai hijau kecil. Biasanya gunakan nilai dua kali ganda kepada nilai cili merah. Kalau guna 5 biji cili merah, maka gunakan 10 biji cili padi.
  • Gula dan garam
  • Sedikit kunyit

bahan bahan ditumbuk 602

Cara Penyediaan Ikan Keli Goreng Berlada

  1. Goreng ikan keli di dalam kuali. Pastikan anda goreng menggunakan api sederhana besar dan panaskan minyak terlebih dahulu sebelum meletakkan ikan ke dalam kuali.
  2. Bila dah goreng ikan keli, letak di dalam pinggan dan biarkan dahulu. Kita akan pergi ke proses menyiapkan kuah berlada untuk dilumurkan atas ikan keli yang sudah digoreng
  3. Kisarkan/blend semua bahan yang disebutkan di atas tadi. Atau anda boleh tumbuk menggunakan lesung batu sekiranya tak memiliki blender. Untuk saya, saya lebih selesa tumbuk menggunakan lesung batu kerana bahan-bahan yang nak dihancurkan tidak akan jadi terlalu halus.
  4. Panaskan kuali yang dimasukkan sedikit minyak. Bila kuali sudah panas, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi. Tumis sehingga bau naik harum mewangi. Kemudian masukkan gula dan garam mengikut kesukaan anda. Kalau anda nak kurangkan kepekatan kuah lada ini, boleh tambahkan sedikit kicap.
  5. Akhir sekali, tuangkan tumisan kuah berlada tadi ke atas ikan keli yang sudah digoreng. Hidangan siap disediakan.

ikan keli yang sudah digoreng

Tips Dan Petua Ikan Keli Goreng Berlada

  • Bagi menghilangkan bau hanyir ikan keli, anda boleh menggunakan air asam jawa. Selepas ikan keli dibasuh, lumurkan dengan air asam jawa bersama-sama dengan kunyit serta garam. 
  • Untuk elak ikan keli meletup-letup ketika menggoreng, anda boleh lumurkan ikan keli (yang sudah dikunyitkan) dengan tepung. Tak kisah apa-apa jenis tepung. Tepung jagung pun boleh. Ataupun, ketika menggoreng, tabur sedikit tepung dan asam keping ke dalam minyak. Insyaallah gorengan anda tidak akan meletup-letup.
  • Elakkan penggunaan bawang putih. Bawang putih adalah 'taboo' dalam masakan ikan keli ya. Ikan keli anda anda berbau pelik dan kurang sedap sekiranya anda menggunakan bawang putih dalam masakan ikan keli.

ikan keli goreng berlada yang sudah siap

Kalau anda merasakan artikel resepi ikan keli goreng berlada / berlado ini sangat bermanfaat untuk anda, kongsikan kepada rakan-rakan anda. Kami amat menghargainya. Boleh hubungi kami untuk dapatkan hadiah makan malam ikan keli goreng berlada secara percuma di rumah kami.

Kredit : Fasihah Mansor


Post a Comment

0 Comments