Header ADS

header ads

Kebaikan buah pelaga


Buah pelaga atau turut dikenali dengan nama cardamom (bahasa Inggeris), bai dou kou (China), choti elaichi (Hindi), luk krawan (Thailand) dan kalulaga (Indonesia) antara rempah-ratus paling tua di dunia yang banyak manfaat kepada kesihatan badan.

Di Malaysia, kebiasaannya ia ditanam di kawasan tanah tinggi.

Umum mengetahui buah pelaga cukup dikenali sebagai rempah-ratus empat sekawan dalam masakan dan secara tradisional ia dikunyah bersama sirih pinang.

Ia dipercayai dapat membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus selain melawaskan haid serta air kecil.

Pelaga atau cardamom merujuk kepada beberapa tumbuhan yang sama genus (genera) Elettaria dan Amomum dalam keluarga halia dari Zingiberaceae tercatat dalam buku Vedic dan sistem perubatan Unani dan Ayurveda.

REMPAH-ratus empat sekawan yang sering digunakan dalam masakan.
REMPAH-ratus empat sekawan yang sering digunakan dalam masakan.

Kedua-dua genus adalah berasal dari India, Nepal dan Bhutan. Ia dikenali melalui buah benih kecilnya, segi tiga dalam keratan rentas dan berbentuk 'gelendong' (spindle-shaped), nipis, tipis seperti kertas bahagian kulit luar dan biji hitam kecil.

Nama botaninya Elettaria cardamomum iaitu tumbuhan semula jadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar.

Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania.

Pada masa sama, buah pelaga dikatakan rempah ketiga paling mahal di dunia dan dianggap sebagai 'ratu rempah.'

Benihnya mempunyai aroma manis dan rasa sedikit pedas.

Masyarakat Mesir kuno dikatakan gemar mengunyah biji pelaga sebagai pencuci gigi.

Masyarakat Greek dan Roman pula menggunakannya sebagai minyak wangi.

Masyarakat Viking pula dikatakan menemui buah pelaga seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga hari ini.

Terdapat banyak jenis buah pelaga, tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum dikatakan sebagai buah pelaga sebenar.


______
WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments