Header ADS

header ads

Asap rokok punca kemudaratan kesihatan


KUALA LUMPUR:
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi menunjukkan 4.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas mempunyai masalah ketagihan merokok.

Dianggarkan lebih 27, 200 kematian di Malaysia setiap tahun adalah disebabkan oleh tembakau.

Apabila sebatang rokok dinyalakan, bahan tembakau akan dibakar dan menghasilkan asap yang mengandungi lebih 8,000 bahan kimia atau "konstituen asap".

Konstituen ini termasuk arsenik, benzene, benzopirena, karbon monoksida, logam berat (contoh: plumbum, cadmium), hydrogen sianida dan nitrosamina yang khususnya berkaitan dengan tembakau.

Asap rokok bukan sahaja membawa kemudaratan kepada diri sendiri malah orang sekeliling yang digelar sebagai perokok pasif.

Menurut pakar, punca ketagihan merokok adalah kerana nikotin, tetapi nikotin bukan penyebab penyakit akibat merokok.

Saban tahun, Kementerian Kesihatan giat menjalankan kempen berhenti merokok. Tetapi sukar menghentikan tabiat itu secara efektif.

Penerimaan masyarakat terhadap produk alternatif

Di Malaysia pendedahan informasi tentang produk alternatif yang kurang kemudaratan ini masih lagi kurang.

Justeru, Philip Morris Malaysia (PMM) komited melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mencipta teknologi bebas asap rokok supaya perokok dewasa mempunyai pilihan alternatif yang kurang kemudaratan.

PMM dalam pada itu melancarkan satu kaji selidik dan mengggalakkan pembaca untuk menjawabnya bagi mengetahui sikap  dan persepsi orang awam terhadap alternatif merokok.

Produk alternatif kurangkan kemudaratan

Di pasaran, produk alternatif seperti vape, tembakau yang dipanaskan dan e-rokok dilihat sebagai antara kaedah untuk mengurangkan kemudaratan merokok dan dikatakan kurang berisiko kepada penggunanya.

Dalam Forum Pengurangan Kemudaratan Asia 2018 (AHRF), pensyarah dan penyelidik di Jabatan Periodontology, Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia, Dr Drg Amaliya, berkata produk alternatif memberi pilihan yang boleh memuaskan hati serta pilihan kurang berbahaya untuk perokok bagi mendapatkan keperluan nikotin tanpa kandungan tar yang berbahaya.

Di pasaran Malaysia, Jepun dan Korea Selatan, penggunaan produk tembakau yang dipanaskan telah tersedia. Produk ini tidak dibakar, sebaliknya hanya mengeluarkan wap dan bebas daripada asap.

Ahli terapi Penyalahgunaan Bahan, Andrew John Da Roza sewaktu pembentangannya dalam AHRF menyatakan Jepun menyaksikan, penurunan kadar merokok dengan mencatatkan pengurangan 27 peratus dalam jumlah rokok yang dijual pada suku keempat 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun terdapat produk alternatif untuk mengurangkan ketagihan, namun harus diingat pilihan yang terbaik untuk kesihatan adalah dengan berhenti merokok.


______
WANITADAILY

http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline

Post a Comment

0 Comments