Isu parkir di hadapan rumah jiran ini sudah banyak kali diperkatakan. Kita yang biasa hidup berjiran memang boleh bertolak ansur dengan hal tersebut. Tetapi jika dapat jiran yang tidak bertimbang rasa dan berlebih-lebihan, itu boleh mengundang rasa tidak selesa pada orang lain.
Terbaru, tular di media sosial tentang tindakan pemilik
kereta Perodua Myvi yang dilihat selamba parkir kereta di dalam rumah
orang lain sehingga menyusahkan tuan rumah.
Menerusi
tangkap layar WhatsApp yang tersebar, pemilik rumah berkenaan terpaksa
mencari tuan kereta tersebut dan bertanya dalam WhatsApp Group
kejiranan.
“Salam. Kereta siapa ini parking rumah saya sebab saya nak parking tak boleh,” tulis tuan rumah tersebut.

Perkongsian
tersebut selain mengundang rasa geli hati, netizen turut mengkritik
tindakan tidak bertimbang rasa pemilik kenderaan berkenaan yang dianggap
sebagai melampau.
Malah, netizen turut menganggap tindakan itu seolah-olah menceroboh rumah orang lain sehingga menyusahkan tuan rumah.
Ada juga yang memaklumkan situasi seperti itu sebenarnya sering berlaku terutama jika tuan rumah jarang ada di rumah.


WANITADAILY
http://wanitadaily.blogspot.com
https://www.facebook.com/WanitaKini
https://t.me/dapuronline
0 Comments